49) KEHADIRAN AHLI-AHLI MAJLIS, YDP DAN TYDP DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah kehadiran Ahli-Ahli Majlis, YDP dan TYDP dalam mesyuarat jawatankuasa di semua PBT pada tahun 2017 dan 2018?
49) GO RURAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan khusus bagi menjayakan polisi ÒGo RuralÓ ini?
-
Manakah kawasan atau zon yang terlibat?
-
Apakah bentuk program dan pengisian bagi melaksana dasar ini?
49) MASALAH BANJIR YANG BERLAKU DI KAWASAN BALAKONG SEPERTI DI TAMAN INDAH BATU 11, CHERAS, KAMPUNG BARU BALAKONG, DAN TAMAN MURNI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Anggaran kos yang akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri?
-
Bilakah akan dilaksanakan?
49) PRESTASI SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan dengan terperinci prestasi kewangan syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri Selangor dari segi perolehan (revenue), keuntungan (profit) dan sebarang pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu
49) TANAH REZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menawarkan kepada pemilik tanah pajakan yang hampir tamat tempoh pajakannya untuk menukar status tanah mereka kepada rezab Melayu sebagai insentif dan usaha untuk menambah keluasan kawasan pegangan tanah rezab Melayu?
49) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses permohonan tanah lorong 6 - 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada tahun 2011?
-
Sila nyatakan berapakah masa yang diperlukan bagi menyelesaikan kesemua masalah teknikal yang berbangkit?
-
Sila nyatakan apakah kelewatan ini mematuhi SOP yang ditetapkan?
49) ZAKAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah maklumat mengatakan wang Zakat Selangor diagihkan ke Negeri Perlis?
-
Berapakah jumlahnya dan siapa penerimanya?
49) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BHD (BBGC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga BBGC.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga BBGC bagi tahun 2008 dan 2009?
49) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Apakah kemajuan yang telah di capai oleh projek perumahan berkenaan sehingga kini?
-
Bilakah pembeli-pembeli taman perumahan berkenaan akan dapat menduduki rumah mereka?
49) PERUMAHAN PEKERJA LADANG PRANG BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Pada tahun 1997, penduduk empat buah ladang di Selangor, iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Sedgeley, Ladang Galloway dan Ladang Madingley telah dipindahkan ke rumah pangsa kos rendah, 5 tingkat Taman Permata. Flat ini telah dibina oleh Putrajaya Holdings untuk PNSB. Pekerja telah membuat perjanjian jual beli rumah ini dengan PNSB. Keadaan rumah ini amatlah teruk sekarang, di mana sistem kumbahan yang rosak ,'foundation' bangunan yang bermasalah. Penduduk juga sedang hidup dalam ketakutan kerana adanya sebuah paip gas Petronas yang berada kurang 50 meter dari Blok rumah pangsa ini. Perumahan ini juga belum mendapat kelulusan menduduki CF. Bagaimana kelulusan pembangunan untuk projek ini diluluskan , sehingga kelulusan CF tidak dapat diberikan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Permata.
