50) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berikan statistik terkini kes denggi di Selangor mengikut daerah?
-
Nyatakan sasaran penurunan kes denggi sehingga Disember 2017?
50) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Kerja penstabilan tanah di belakang 263, Persiaran Raja Muda Musa yang hakis masih belum dimulakan sehingga kini. Bila kerja akan dimulakan?
50) PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH PELAN TINDAKAN AGENDA SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan mengikut kawasan Dewan Negeri di bawah Pelan Tindakan Agenda Selangorku bagi memperbaiki dan menyelenggara infrastruktur di bawah Pihak berkuasa Tempatan ?
50) TAMAN CERGAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Adakah projek Taman Cergas masih dilaksanakan dalam Negeri Selangor?
-
Tiada projek telah dilaksanakan di Pandamaran pada tahun 2016 walaupun permohonan telah pun dibuat pada tahun 2015. Apakah alasan kelewatan tersebut dan bilakah projek-projek tersebut akan dilaksanakan?
50) TRANSPORT ORIENTED DEVELOPMENT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci kesemua kajian yang dilakukan dan hasil yang sama sebelum rancangan Transport Oriented Development diwajibkan untuk semua PBT Negeri Selangor.
50) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan dan senaraikan projek-projek yang menggunakan kaedah pertanian persis oleh Jabatan Pertanian dan PKPS.
-
Naytakan peruntukan yang disediakan bagi tujuan perlaksanaan kaedah tersebut.
-
Apakah usaha kerajaan bagi menggalakkan petani menggunakan kaedah pertanian persis ini?
50) KEBERKESANAN PEMASARAN PRODUK ASAS TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah pemasaran produk asas tani sedia ada mampu meningkatkan keuntungan hasil jualan?
-
Nyatakan penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran produk asas tani?
50) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri untuk membaikpulih atau membangunkan Padang Golf Kuala Kubu Bharu yang tanahnya dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelab golf yang dikendalikan oleh individuindividu atas padang golf milikan Kerajaan Negeri.
50) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Biasiswa Menteri Besar akan ditawarkan seperti yang dijanji di Manifesto Pakatan Rakyat Selangor?
-
Apakah status penubuhan biasiswa tersebut?
50) IBU PEJABAT PERBADANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nasihat bila projek ini telah dianugerahkan kepada Tetuan Puncak Wangi Sdn Bhd dan berkongsi milik pihak-pihak yang terbabit seperti PKNS dan Puncak Wangi Sdn Bhd.
-
Sudahkah Majlis Bandar raya Petaling Jaya menasihati pihak pemaju berikutan kekangan dari segi infrastruktur, utiliti, pembetungan, syarat-syarat merancang sebelum mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan perintah pembangunan (development order)?
-
Sila nasihat secara ringkas cadangan-cadangan ini mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pemaju dan syarat-syarat mereka.
