50) BANJIR KILAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penghuni di DUN Sri Muda terus dibelenggu masalah banjir dan banjir kilat. Dalam minggu ke 2 bulan Mac 2008 DUN Sri Muda telah dilanda banjir sebanyak 3 kali: Adakah Kerajaan Negeri terdahulu telah mengenal pasti punca banjir ini dan jika ia telah diketahui puncanya kenapakah tiada tindakan diambil dalam mengatasi masalah ini dan di manakah kawasan-kawasanyang paling kerap di landa banjir di negeri Selangor serta berapakah nilai kerosakkan dalam jangka masa itu?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapakah kos perbelanjaan penyelenggaraan dan pemulihan saliran sungai yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu bagi tempoh 5 tahun yang ke belakang?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah perancangan kerajaan negeri sekarang dalam memastikan pelaksanaan penyelenggaraan sistem parit dan saliran sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani masalah ini untukjangka masa pendek dan jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

50) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat lapan anak syarikat, lapan syarikat bersekutu dan sebuah syarikat bersekutu di bawah anak syarikat PNSB. Sila kemukakan perbelanjaan untuk mengurus setiap syarikat di atas dari tahun 2004 hingga 2008.

    Klik jawapan »

  2. Manakah di kalangan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu ini yang rugi dan membebankan PNSB dan berapakah kerugiannya bagi setiap anak syarikat dan syarikat bersekutu tersebut

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menutup syarikat-syarikat yang membebankan PNSB ini?

    Klik jawapan »

50) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) apabila melakukan operasi di kawasan agama selain daripada Islam? Jika ya, sila bekalkan.

    Klik jawapan »

  2. Jika tidak, apakah sebab penangguhan tersebut?

    Klik jawapan »

50) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PENGUMUMAN TENTANG CUKAI PETAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan proses-proses pengumuman serta jenis-jenis publisiti yang telah dilakukan Kerajaan Negeri bagi memperkenalkan cukai petak kepada seluruh warga Selangor

    Klik jawapan »

50) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis


  1. Kerja penstabilan tanah di belakang 263, Persiaran Raja Muda Musa yang hakis masih belum dimulakan sehingga kini. Bila kerja akan dimulakan?

    Klik jawapan »

50) STATUS KERJA-KERJA PEMULIHAN PEMBINAAN BANGUNAN DI PERSIARAN BUKIT RAJA 2, BUKIT RAJA, MUKIM KAPAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status kerja-kerja pemulihan pembinaan bangunan di persiaran Bukit Raja 2, Bukit Raja, Mukim Kapar telah terbengkalai selama 19 tahun sejak tahun 1997?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerja-kerja tersebut dijangka siap berdasarkan kadar pembinaan buat masa ini?

    Klik jawapan »

50) ASRAMA UNTUK ANAK – ANAK PEKERJA LADANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Semasa pilihan raya yang lalu kita telah berjanji kepada rakyat untuk membina dua buah asrama bagi membantu pelajaran anak -anak pekerja ladang. Sudahkah tanah dikenal pasti ? Di mana ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerja-kerja mendirikan asrama-asrama ini akan bermula dan bila ianya dijangka siap ?

    Klik jawapan »

50) MPKK KAMPUNG TRADISI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. MPKK setiap kampung tradisi mempunyai pendapatan yang berbeza-beza tertakluk kepada prasarana dan kemudahan yang ada persoalannya bagaimana dengan mpkk kampung tradisi yang kurang prasarana dan kemudahan untuk menambah pendapatan bagi mengadakan program kemasyarakatan. Adakah EXCO merancang untuk menambah peruntukan?

    Klik jawapan »

50) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah tapak kuil, tokong dan gereja yang telah diwartakan mengikut daerah pada tahun 2014.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Rumah Ibadat Bukan Islam mengikut pecahan kepada kuil, tokong dan gereja pada tahun 2014 dan 2015.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengelakkan kelulusan peruntukan yang lebih daripada sekali kepada pemohon yang sama pada masa yang sama memandangkan pemohon boleh menghantar permohonan kepada EXCO yang berlainan

    Klik jawapan »

50) SUMBER MANUSIA /MODAL INSAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peratusan sumber manusia di Selangor yang berpendidikan tinggi bagi tahun 2005-2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratusan keperluan sumber manusia berbentuk buruh dalam sektor pembinaan dan industri pengeluaran bagi tahun 2005-2009?

  3. Berapakah peratusan sumber manusia mengikut pecahan sektor yang terdiri daripada pekerja asing bagi tahun 2005-2009?