50) PELEBARAN JALAN AMAN DAN JALAN KIP WANGSA PERMAI DALAM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah MPS telah melantik juruukur tanah untuk mengenal pasti kelebaran jalan tersebut?
-
Bilakah proses pelebaran jalan dapat dimulakan?
50) PROGRAM GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program generasi muda yang berjaya dilaksanakan berdasarkan Dasar Belia Selangor 2020 pada penggal yang lalu?
50) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri untuk membaikpulih atau membangunkan Padang Golf Kuala Kubu Bharu yang tanahnya dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap kelab golf yang dikendalikan oleh individuindividu atas padang golf milikan Kerajaan Negeri.
50) KEBERKESANAN PEMASARAN PRODUK ASAS TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah pemasaran produk asas tani sedia ada mampu meningkatkan keuntungan hasil jualan?
-
Nyatakan penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran produk asas tani?
50) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Biasiswa Menteri Besar akan ditawarkan seperti yang dijanji di Manifesto Pakatan Rakyat Selangor?
-
Apakah status penubuhan biasiswa tersebut?
50) IBU PEJABAT PERBADANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nasihat bila projek ini telah dianugerahkan kepada Tetuan Puncak Wangi Sdn Bhd dan berkongsi milik pihak-pihak yang terbabit seperti PKNS dan Puncak Wangi Sdn Bhd.
-
Sudahkah Majlis Bandar raya Petaling Jaya menasihati pihak pemaju berikutan kekangan dari segi infrastruktur, utiliti, pembetungan, syarat-syarat merancang sebelum mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan perintah pembangunan (development order)?
-
Sila nasihat secara ringkas cadangan-cadangan ini mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pemaju dan syarat-syarat mereka.
50) KOS PEMBERIAN HAMPER
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemberian hamper Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi tahun 2012
-
Siapakah pembekal hamper-hamper ini dan bagaimanakah pembekal dipilih?
50) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat lapan anak syarikat, lapan syarikat bersekutu dan sebuah syarikat bersekutu di bawah anak syarikat PNSB. Sila kemukakan perbelanjaan untuk mengurus setiap syarikat di atas dari tahun 2004 hingga 2008.
-
Manakah di kalangan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu ini yang rugi dan membebankan PNSB dan berapakah kerugiannya bagi setiap anak syarikat dan syarikat bersekutu tersebut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menutup syarikat-syarikat yang membebankan PNSB ini?
50) ASRAMA UNTUK ANAK – ANAK PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Semasa pilihan raya yang lalu kita telah berjanji kepada rakyat untuk membina dua buah asrama bagi membantu pelajaran anak -anak pekerja ladang. Sudahkah tanah dikenal pasti ? Di mana ?
-
Bilakah kerja-kerja mendirikan asrama-asrama ini akan bermula dan bila ianya dijangka siap ?
50) PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah masjid yang pemilihan Jawatankuasa Masjid mengikut peraturan?
-
Apakah tindakan seterusnya jika Jawatankuasa Masjid tidak mengadakan mesyuarat Agong?
-
Pernahkah pihak MAIS / JAIS menerima pelantikan Jawatankuasa Masjid hanya melalui cadangan kumpulan tertentu sahaja dengan tidak melalui sistem pemilihan mesyuarat Agong kariah?
