50) ISU KEBANJIRAN WARGA ASING DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Semakin banyak warga asing tanpa izin yang menetap di Selangor. Apakah tindakan Kerajaan mengatasi isu kebanjiran warga asing tanpa izin yang tinggal di Selangor, khususnya kawasan Kampung Kayu Ara bawah DUN Bandar Utama?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengesan warga-warga asing tanpa izin yang menetap di Selangor?
50) LALUAN ALTERNATIF KE KILANG KILANG – SEKITAR TAMAN DESA SUBANG PERMAI U6 SHAH ALAM: MERUJUK SOALAN BETULIS NO.42 (MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah "baseline baru" (jika ada)?
-
Apakah sebarang masalah (jika ada) yang telah atau akan menjadikan projek tersebut tergendala?
50) PEMBANGUNAN EKONOMI PETANI DAN PENTERNAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi petani dan penternak?
-
Senaraikan bantuan yang telah diberikan kepada petani dan penternak dari 2016-2018.
50) PELEBARAN JALAN AMAN DAN JALAN KIP WANGSA PERMAI DALAM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah MPS telah melantik juruukur tanah untuk mengenal pasti kelebaran jalan tersebut?
-
Bilakah proses pelebaran jalan dapat dimulakan?
50) PEGAWAI KERAJAAN NEGERI YANG DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN, TATATERTIB DAN DIDAKWA DI MAHKAMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi bilangan kakitangan awam di bawah kerajaan negeri dan semua PBT yang telah dikenakan tindakan disiplin, tatatertib dan didakwa di mahkamah akibat perbuatan menyalahi undang-undang seperti rasuah dan sebagainya.
50) KEBAJIKAN JAWATANKUASA MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan penyeragaman elaun Bilal dan Siak telah dilaksanakan dan berapakah jumlah yang diluluskan?
-
Berapakah jumlah penambahan elaun yang telah diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi jawatan Bendahari Masjid?
-
Peruntukan dari manakah bagi membayar elaun-elaun Imam,Bilal,siak dan AJK masjid?
50) PEMBERHENTIAN / PEMBUANGAN KERJA RAKYAT DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Para analisis ekonomi dunia telah menjangkakan keadaan krisis ekonomi global yang tidak menentu sehingga 2010 yang melibatkan pemberhentian / pembuangan (retrenchment) di dalam industri yang terlibat. Dengan slogan Negeri Berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pihak Kerajaan Negeri, apakah tindakan / insentif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan berikutannya.
50) KEGUNAAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KAWASAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kegunaan peruntukan pembangunan kawasan untuk DUN Kampung Tunku yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Petaling untuk tahun 2008 sebelum Mac 2008
-
Senaraikan kegunaan peruntukan ini untuk DUN Kampung Tunku dari tahun 2004 hingga 2007
50) KUTIPAN HASIL DAN PERBELANJAAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan sebenar yang terkini berbanding dengan kutipan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PBT.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan sebenar yang terkini berbanding dengan perbelanjaan anggaran bagi tahun 2017 mengikut setiap PBT
50) CAJ PARKIR KENDERAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membatalkan caj parkir kenderaan yang baru diumumkan oleh MDKS?
