49) PRESTASI SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan dengan terperinci prestasi kewangan syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri Selangor dari segi perolehan (revenue), keuntungan (profit) dan sebarang pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu
49) PROGRAM MES
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)
-
Sila kemukakan senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan.
-
Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2013.
49) PEWARTAAN KUALA KUBU BHARU SEBAGAI WARISAN NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tempat-tempat di Kuala Kubu Bharu yang telah diwartakan sebagai warisan negara.
-
Nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mewartakan pekan Kuala Kubu Bharu sebagai warisan negara.
49) PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah program pembangunan masyarakat India yang dilaksanakan sepanjang 2014 & 2015 selain pekerja ladang?
-
Nyatakan kumpulan sasaran dan pencapaiannya?
49) SUMBER MINERAL DAN GALIAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Berapakah pendapatan yang diperolehi dari sumber galian dan mineral negeri Selangor?
49) Inisiatif Pelaburan Waaqaf
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan inisiatif yang sangat murni ini bagi membantu mengatasi kemiskinan bandar?
49) MASALAH BANJIR KILAT DI KAMPUNG MELAYU SUBANG TAMBAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca sebenar (utama) berlakunya banjir tersebut?
-
Apakah tindakan Kerajaan yang telah dilakukan untuk menangani masalah tersebut?
-
Adakah lagi sebarang tindakan yang akan dilakukan untuk menangani masalah banjir untuk tempoh jangka masa panjang?
49) EKO – PELANCONGAN DI HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan eko-pelancongan di daerah hulu Langat ?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pembangunan agro-pelancongan di daerah hulu Langat?
49) SEKTOR PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila perjelaskan dengan detail mengenai apakah perbezaan dan kelebihan serta kelemahan Benih padi MR 219,MR 220 dan Mr220 CL 1 ?
-
Sila nyatakan bilakah Benih Padi MR 219 mula diperkenalkan oleh pihak MARDI kepada petani untuk diusahakan secara meluas ?
-
Sila nyatakan apakah jenis penyakit padi yang dikenal pasti menyerang tanaman petani Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada Musim pertama tahun 2012 yang menyebabkan hasil pengeluaran mereka terjejas ?
49) 292 KESATUAN SEKERJA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci nama penuh kesatuan, alamat, AJK dan jumlah ahli kesatuan sekerja.
-
Jumlah pertikaian perusahaan setiap kesatuan dalam tempoh 5 tahun yang lalu
