56) PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor memandangkan ramai calon belum mendapat surat pelantikan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
56) MANIFESTO ANAK KELAHIRAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Pakatan Selangor mengemukakan Manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang meliputi 12 perkara sosial dan kebaikan rakyat iaitu antaranya tabung permulaan RM100 setiap anak kelahiran Selangor . Berapakah jumlah anak-anak yang telah menerima RM100 tersebut dan kosnya?
-
Berapakah jumlah tepat atau anggaran kelahiran di Selangor dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah cara untuk memastikan semua anak dilahirkan di Selangor menikmati skim ini?
56) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kedudukan KUIS berbanding kolej universiti milik kerajaan atau swasta lain di peringkat Malaysia?
-
Apakah KUIS mampu untuk bersaing dan meningkat tahap sehingga menjadi universiti penuh?
-
Apakah graduan lulusan KUIS menepati kehendak pasaran kerja?
56) KAWASAN INDUSTRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan zon dan lokasi kawasan industri serta potensinya di Selangor?
-
Kawasan industri manakah yang bernilai tinggi dan menjadi penyumbang utama sosioekonomi negeri?
-
Apakah bentuk perindustrian serta potensinya yang wujud di daerah-daerah luar Bandar khasnya di Hulu Selangor?
56) PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat kelayakan dan prosedur permohonan?
-
Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dan senarai penerima manfaat ini di DUN Hulu Bernam?
56) PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik pekerja ladang mengikut daerah dan nama ladang?
-
Apakah isu dan masalah yang dihadapi pekerja ladang?
-
Apakah skim dan program untuk membantu pekerja ladang?
56) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik jumlah pemanfaat dan perbelanjaan mengikut jenis program MES dari tahun 2008 ke 2013.
-
Sila bekalkan butiran pemanfaat mengikut daerah dan bangsa untuk setiap program MES.
56) PROJEK PEMBANGUNAN KESELAMATAN DI DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan sekiranya ada, apa-apa projek pembangunan keselamatan (contoh : CCTV, lampu LED dan sebagainya) di bawah DUN Bandar Utama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
56) STATUS TANAH IWK YANG TERBIAR SELEPAS LOJI RAWATAN KUMBAHAN DINYAHAKTIFKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah ataupun kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahaktifkan (decommissioned) di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan masih tidak digunakan untuk apa-apa tujuan lain.
-
Apakah yang akan terjadi pada tanah ataupun kawasan loji rawatan kumbahan yang telah dinyahaktifkan dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk tanah-tanah yang tidak ddigunakan ini?
-
Sekiranya Kerajaan mempunyai perancangan, sila jelaskan.
56) KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN PADANG AWAM SEBAGAI TEMPAT BERIADAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Majlis Perbandaran Selayang memasang papan tanda melarang orang awam bermain bola sepak di padang taman-taman perumahan atas sebab keselamatan kenderaan dan rumah berhampiran. Tindakan ini menimbulkan kemarahan ramai penduduk setempat kerana padang berkenaan tidak lagi dapat digunakan untuk beriadah. Namun, padang ini turut dicemari longgokan najis anjing liar dan anjing bertuan yang membiarkan anjing-anjing peliharaan mereka membuang najis di atas padang sehingga sukar bagi komuniti setempat hendak mengadakan aktiviti dengan selesa. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan menyalurkan dana kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memagar padang di taman-taman perumahan bagi menjamin kebersihan padang dan sekaligus memberi peluang kepada anak-anak muda beriadah secara sihat bermain bola sepak di padang berkenaan tanpa membahayakan kenderaan atau rumah di sekitar
