Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
31) PERLAKSANAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Garis panduan bagi semua agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), jika ada, perincian perbelanjaan dan senarai benefisiari.
32) STATUS DEVELOPMENT CHARGES
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah yang terkini Development Charges yang diperolehi oleh MBPJ?
-
Bagaimanakah wang tersebut digunakan? Senaraikan penggunaan mengikut kawasan dari tahun 2008-2015?
33) SKIM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah skim Hijrah yang telah diagihkan dan adakah ia telah berjaya memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri?
34) SKIM KESIHATAN PERCUMA -MAMOSEL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah juga penyertaan wanita secara tahunan semenjak ianya di lancarkan sehingga Julai 2015
-
Apakah sasaran penyertaan untuk tahun 2015?
35) PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN DESA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan untuk naik taraf infrastruktur di kawasan kampungkampung tradisi Melayu dan Cina untuk tahun 2007-2015 mengikut pecahan daerah.
-
Senaraikan jumlah peruntukan dan jenis projek yang telah dijalankan untuk naik taraf infrastruktur perkampungan Melayu dan Cina bagi Pejabat Daerah Gombak bagi tahun 2008-2015.
36) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan keseluruhan projek-projek perumahan terbengkalai di Selangor yang akan dibaikpulih dan telah dibaikpulihkan.
-
Senaraikan pemaju-pemaju yang dilantik bagi setiap projek pemulihan rumah terbengkalai tersebut.
-
Nyatakan PBT yang mempunyai Jawatankuasa khas untuk menangani masalah projek terbengkalai.
37) PENGGERAK BELIA TEMPATAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai nama ketua setiap PeBT dan laporan lengkap prestasi setiap ketua Penggerak Belia Tempatan tahun 2015.
-
Sila kemukakan senarai program yang telah / akan dijalankan untuk golongan Belia pada tahun 2015.
38) KEKERAPAN ADUAN AWAM HAL KUTIPAN SAMPAH TIDAK SEPERTI DIJADUALKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada kajian dan kesan baik dan buruk selepas tindakan kepada kontraktor?
-
Adakah keupayaan fasiliti dan tenaga kerja kontraktor, keluasan zon dan harga rendah punca sebahagian punca masalah ini?
-
Apakah cadangan bagi meningkatkan prestasi pengurusan ini?
39) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan kepada semua kampung baru berserta dengan projek dan nilainya masing-masing.
-
Adakah kerajaan merancang untuk meningkatkan lagi peruntukan tahunan?
40) TABUNG PESAKIT KRONIK SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat tabungan untuk membantu pesakit kronik yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan?
-
Adakah kerajaan menetapkan sebarang nilai siling untuk rawatan susulan bagi pesakit kronik?