Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
31) PENGUATKUASAAN PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah terdapat perbezaan di antara PBT dalam kerja-kerja penguatkuasaan walaupun tergolong dalam kategori Majlis Perbandaran?
-
Apakah tindakan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah?
-
Mampukah kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?
32) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mengupaya serta meningkatkan peranan Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai agensi kajian dasar, intelektual dan kebudayaan khusus dalam memberdaya generasi muda di Selangor?
33) PENTERNAK KECIL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor bantu penternak lembu daging dan lembu susu?
34) GEJALA SOSIAL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah program pembangunan sosial yang telah dijalankan bagi mengurangkan masalah sosial yang semakin meningkat di Selangor?
35) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Adakah ada kajian telah dibuat berkenaan tahap kepuasan pelanggan kepada sistem perkhidmatan PBT di Selangor? Jika ada senaraikan
36) SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU DAN RUMAH IBADAT DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN NEGERI (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapa sumbangan yang telah dan akan diberikan kepada masjid, surau atau rumah ibadat di N39 untuk tahun ini dan 5 tahun yang lepas (2014-2018)?
-
Untuk apakah sumbangan tersebut telah digunakan atau akan digunakan?
-
Bilakah sumbangan tersebut telah atau akan disalurkan?
37) PROJEK MARRIS – DUN KOTA DAMANSARA N39
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan untuk tempoh 5 tahun lepas bagi DUN Kota Damansara N39 (melibatkan MBSA, MBPJ)?
-
Kemanakah peruntukan tersebut telah digunakan secara terperinci (kawasan,siapa kontraktor dan kos)?
-
Apakah projek yang sedang berjalan dan baki peruntukan untuk tahun 2019?
38) PERUNTUKAN JKR – DUN KOTA DAMANSARA N39
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan untuk tahun ini dan 5 tahun yang lepas?
-
Apakah projek yang telah dan sedang berjalan untuk 5 tahun yang lepas termasuk tahun ini?
39) KESATUAN-KESATUAN SEKERJA YANG BERDAFTAR DENGAN (RTU) DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sila senarai terperinci nama dan alamat kesatuan yang aktif di Negeri Selangor.
-
Berapa jumlah ahli-ahli kesatuan dari setiap kesatuan yang berdaftar?
-
Siapakah Pegawai Kesatuan/AJK serta nombor pejabat atau lain-lain untuk rujukan?
40) SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Sekolah-sekolah manakah di N39 yang telah dan akan menerima peruntukan tersebut dalam tahun 2019 dan 5 tahun yang lalu (2014-2018)?
-
Untuk apakah sumbangan tersebut disalurkan dan bila?
-
Adakah sebarang dana selain dari peruntukan ADUN untuk membantu pengurusan, pembangunan atau penyelenggaraan sekolah ?