Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

75) BANTUAN KEMATIAN WARGA EMAS RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria / syarat untuk permohonan / tempat dan alamat untuk memohon dan lain - lain yang berkaitan kerana rakyat tidak jelas dengan bantuan ini.

    Klik jawapan »

76) MASALAH KEKURANGAN AIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kekurangan air khususnya sewaktu musim menanam bagi pesawah di Sungai Besar

    Klik jawapan »

  2. Jika langkah-langkah tersebut telah diambil apakah kaedahnya dan bagaimana kesannya, jika belum bilakah akan dilaksanakan dan jika tiada langkah mengatasi kekurangan air tersebut mengapa?

    Klik jawapan »

77) TANAH RUNTUH DAN MEMBAIKPULIH CERUN-CERUN BUKIT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak kes tanah runtuh yang telah dilaporkan kepada setiap PBT, bilakah laporan-laporan itu dibuat dan di manakah lokasi kes-kes yang berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kes yang telah ditangani dan sila senaraikan kawasan-kawasan yang sudah dibaikpulih?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kes-kes membaik pulih cerun yang merupakan tanggungjawab kerajaan negeri dan sila nyatakan jumlah kos yang terlibat?

    Klik jawapan »

78) UNISEL

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Baru- baru ini bekalan air kepada Asrama Pelajar di kampus Utama UNISEL Bertari Jaya telah terputus. Tidakkah tangki bekalan air, sub-station dan loji kumbahan sepatutnya diserahkan oleh syarikat perunding dan kontraktor kepada institusi yang bertanggungjawab untuk mengendalikan utiliti ini. Apakah sebenarnya berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jaminan dari pihak UNISEL perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi?

    Klik jawapan »

79) PERHENTIAN BAS BANDAR KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Perhentian bas di Bandar Klang masih digunakan. Perhentian bas ini tidak mempunyai tempat yang cukup untuk bas berhenti dan sebahagian daripada pemandu bas tidak mematuhi peraturan. Ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut dan ia juga merupakan salah satu punca kesesakan jalan raya di Bandar Klang. Apakah pandangan kerajaan terhadap hal ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

80) JUMLAH PELAJAR TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KE LUAR NEGARA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelajar anak Selangor ke luar negara yang mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah pelajar ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah peruntukan yang telah/ akan dibelanjakan?

    Klik jawapan »

81) PROGRAM / PROJEK JABATAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan dan strategi Jabatan Pertanian Negeri bagi menyediakan ruang dan peluang kepada penganggur kesan kegawatan ekonomi di dalam sektor pertanian?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program tanaman secara fertigasi boleh dijadikan satu pakej bantuan bagi membantu penganggur yang berminat di dalam memajukan pertanian?

    Klik jawapan »

82) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status projek pembesaran Sungai Rawang?

    Klik jawapan »

  2. Memandangkan kontraktor berkenaan telah diadu kerana tidak bekerja dengan baik, apakah tindakan susulan kerajaan negeri agar projek tersebut dapat disiapkan?

    Klik jawapan »

83) WABAK DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menangani masalah wabak Denggi dan Chikungunya yang semakin serius sejak akhir-akhir ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk sama-sama membanteras tempat-tempat pembiakan vektor penyakit ini iaitu nyamuk Aedes?

    Klik jawapan »

  3. Penularan wabak ini berlaku serius di kawasan bandar, mengapakah ini berlaku?

    Klik jawapan »

84) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila perjelaskan apakah alasan utama yang menyebabkan cadangan pembinaan bangunan baru SRA Taman Harmoni Sekinchan tergendala sehingga kini selepas pilihan raya 8 Mac yang lalu sedangkan papan tanda lambang BN sudah didirikan sejak tahun 2006?

    Klik jawapan »

  2. Apakah terdapat unsur-unsur sabotaj dari pihak tertentu dalam konteks ini?

    Klik jawapan »

  3. Sila berikan butir-butir tentang keseluruhan kos cadangan asal pembinaan bangunan baru SRA Taman Harmoni Sekinchan dan bilakah ia dijangka siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »