Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
120) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagi syarikat-syarikat yang tidak aktif dan telah lama menjalankan perniagaan serta mengalami kerugian, kajian akan dibuat bagi menutup atau menjual ekuiti dalam syarikat-syarikat tersebut. Apakah mekanisme kajian yang digunakan dan apakah ini akan melibatkan kos tertentu kepada PNSB?
-
Berapa lamakah masa yang diberikan untuk membuat kajian sehingga membolehkan syarikat-syarikat yang rugi ini ditutup?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi garis panduan tentang penjualan ekuiti syarikatsyarikat berkenaan?
121) PERUMAHAN RAKYAT
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Penyediaan perumahan yang selesa dan mampu milik adalah keutamaan dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri. Apakah status penyediaan perumahan kos rendah, sederhana dan mewah mengikut daerah dan adakah ia mencukupi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan skim khas bagi membantu pasangan muda memperoleh rumah mereka sendiri?
122) LESEN HIBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah lesen hiburan yang telah diluluskan sepanjang tahun 2008 - 2009 kawasan PBT MPK Klang ?
-
Berapakah jumlah kompaun / rampasan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2008/2009, premis yang menyalahi peraturan Enakmen Hiburan PBT di MPK ?
123) PERTANIAN ( SAWAH PADI )
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah ancaman Ò Siput Gondang Ò telah merosakkan tanaman padi di kawasan Sungai Burong?
-
Sila nyatakan keluasan sawah dan bilangan petani yang tanaman padi mereka telah terjejas oleh ancaman Siput Gondang?
-
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu petani-petani berkenaan?
124) SKIM PERUMAHAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan ke manakah arah tuju bantuan perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor
-
Berapakah jumlah rakyat yang memerlukan skim perumahan rakyat ini?
125) DASAR-DASAR UNTUK MEMBELA HAK KEAGAMAAN YANG BUKAN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar yang dicadangkan oleh kerajaan untuk membela hak keagamaan yang bukan Islam
-
Berapakah peruntukkan dari Kerajaan Negeri yang telah diberi kepada setiap agama?
126) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian perancangan kerajaan setakat ini
-
Adakah kerajaan bersedia untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi Sekolah-sekolah Rendah Agama sebagai satu alternatif.
-
Apakah perancangan seterusnya mengenai penubuhan Sekolah Menengah Agama Teknik
127) PERKHIDMATAN BAS AWAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Fasiliti perkhidmatan bas awam di kawasan Pelabuhan Klang yang tidak digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh pihak PBT ke atas stesen bas di Pelabuhan Klang yang tidak berfungsi sepenuhnya mengakibatkan kerugian pelaburan Kerajaan Negeri untuk kawasan tersebut.
128) PELABURAN ASING (MENGENALPASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR)
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Negeri Selangor adalah sebuah negeri maju, banyak pelabur-pelabur asing dikenal pasti berminat membuat pelaburan di negeri ini. Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut negara di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan-pelaburan asing ini.
-
Bagaimanakah strategi dan peranan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Negeri Selangor dapat menikmati manfaat terus daripada pelaburan asing ini, dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan.
129) HUB-PENDIDIKAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Kerajaan berhasrat menjadikan Selangor sebagai Hub Pendidikan dan salah satu program yang dilancarkan ialah Jejak Ilmuwan dan Tunas Ilmuwan. Apakah strategi, pendekatan dan program-program untuk memantapkan Selangor sebagai Hub Pendidikan?
-
Apakah kemajuan program Jejak Ilmuwan dan siapakah tokoh-tokoh ilmuwan Selangor yang telah dikenal pasti?
-
Apakah kemajuan program Tunas Ilmuwan dan sekolah manakah yang telah dikenal pasti dan terlibat melaksanakan program ini?