Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
41) SUMBANGAN KEPADA PRA-SEKOLAH “PRE-SCHOOL” (KERAJAAN DAN SWASTA) DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah nama penuh, alamat serta nombor (pejabat atau lain-lain) Pra-Sekolah tersebut untuk rujukan?
-
Berapa sumbangan yang telah dan akan diberikan kepada Pra-Sekolah di N39 untuk tahun ini dan 5 tahun yang lepas (2014-2018)?
-
Untuk apakah dan bila (jika ada) sumbangan tersebut diberikan ?
42) PUSAT TAHFIZ UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian pelajar setelah 3 tahun beroperasi?
-
Adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik (infra, guru terlatih) serta pembiayaan kepada pelajar yang dhaif?
43) UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos pembaikan ketika kerosakan beberapa tahun dahulu sehingga menyebabkan pelajar terpaksa berpindah ke Kota Puteri?
-
Adakah kos tersebut di atas ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri atau ianya dibebankan keapda UNISEL ?
-
Untuk penyelengaraan dengan baik dan cekap, tidakkah Kerajaan Negeri perlu memberi pembiayaan tahunan "CAPEX" dan "APEX"?
44) NGO-NGO DI KOTA DAMANSARA N39 YANG MENERIMA SUMBANGAN DARI KERAJAAN NEGERI DAN AGENSIAGENSI,ANAK SYARIKAT (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah nama penuh NGO-NGO dan alamat yang telah menerima sumbangan tersebut?
-
Siapakah jawatankuasa dan nombor telefon (untuk rujukan) yang yang mengurus NGO tersebut?
-
Untuk apakah sumbangan tersebut diberikan?
45) PROGRAM “WORK FROM HOME” BAWAH JAWATANKUASA TETAP PEMBERDAYAAN WANITA DAN KELUARGA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah peserta-peserta projek perintis yang melibatkan penyertaan seramai 87 orang peserta dipilih untuk program Work From Home?
-
Apakah pencapaian utama yang berjaya dicapai oleh 87 orang peserta program perintis Work From Home selepas menyertai program ini?
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang bekerja sama dengan Kerajaan Negeri dalam program Work From Home dan apakah jenis ruang pemasaran yang disediakan oleh mereka?
46) PENERANGAN SECARA TELITI MENGENAI PROJEK K-INOVASI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila terangkan apakah Projek K-Inovasi yang dilaksanakan di Pangsapuri Kenanga Gombak dan JMB Iris, Saujana Utama secara terperinci dan apakah jenis bantuan yang telah diberikan kepada pihak JMB?
-
Apakah Pusat Kitar Strata?
47) SENARAIKAN PROGRAM IPR SERTA SENARAI PIHAK PENGENDALI PROGRAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua program-program IPR yang masih aktif serta siapa pihak pengendali program? (contoh: Program - Skim Peduli Sihat/Pihak Pengendali - Selgate Corporation)
48) PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan usahawan belia di bawah negeri dan Petaling Jaya?
-
Berapakah modal yang dilaburkan untuk tujuan pembangunan usahawan belia?
49) PROJEK PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU DAN TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha ataupun projek-projek pembangunan kampung yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh beberapa tahun ini?
50) JAWATAN YANG DIPEGANG OLEH SETIAP MENTERI BESAR DAN AHLI EXCO
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua jawatan yang terkini yang dipegang oleh Menteri Besar dan setiap Ahli EXCO di badan-badan berkanun, anak-anak syarikat ataupun agensi-agensi lain.