8) PENYELENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN SALIRAN MESRA ALAM (MSMA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Siapakah agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan Kolam Takungan Saliran Mesra Alam (MSMA) di kawasan taman perumahan setiap PBT? Sila menyatakan dalam rekod, berapakah MSMA yang ada di Daerah Kuala Langat?
-
Berapakah kos penyelenggaraan setiap satu MSMA?
-
Apakah skop kerja-kerja yang meliputi di dalam kos penyelenggaraan tersebut?
8) PEMBUANGAN SISA KE DALAM LONGKANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah pembuangan sisa oleh peniaga-peniaga (terutamanya peniaga restoran) ke dalam longkang?
8) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan Geran Selangorku yang telah diluluskan untuk projek infrastruktur sukan mengikut setiap kawasan Dewan Negeri sehingga Jun 2012?
-
Nyatakan tarikh pelaksanaan setiap projek?
8) SISTEM TENDER TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tanah-tanah milikan kerajaan negeri yang telah ditenderkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010.
-
Badan/ jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk memantau sistem dan proses tender tanah dan apakah kriteria yang ditetapkan?
-
Adakah tanah milik anak syarikat Negeri Selangor yang tidak dibayar premium juga akan ditenderkan dan senaraikan tanah milikan anak-anak syarikat Negeri Selangor yang telah ditenderkan daripada tahun 2007-2010
8) PASAR MALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah hasil cukai pasar malam di Meru yang telah dikutip sepanjang 2008 hingga 2010?
-
Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada badan pengurusan pasar malam dan tunggakan yang belum dibayar mengikut setiap pasar malam yang beroperasi?
8) LAWATAN KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah lawatan ke luar negeri yang telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019?
-
Sila beri pecahan peratus lawatan yang melibatkan anggota pentadbiran and lawatan yang tiada anggota pentadbiran?
-
Apakah jumlah perbelanjaan untuk semua lawatan ini?
8) SILIBUS MAJLIS ILMU MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah hala tuju majlis-majlis ilmu dalam membentuk fikrah dan sahsiah umat Islam seluruh Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan silibus majlis ilmu ke arah cita-cita Selangor sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur?
-
Apakah tiga bidang paling popular dalam majlis-majlis ilmu seluruh Selangor?
8) PROGRAM WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi-lokasi WiFi percuma menurut DUN.
-
Apakah tahap keberkesanan khidmat capaian WiFi percuma ini?
-
Berapakah yang telah dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini menurut DUN?
8) PENURUNAN HARGA PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah penurunan harga padi?
-
Apakah rancangan jangka masa panjang kerajaan negeri bagi menstrukturkan pelan untuk menjamin kebajikan para pengusaha padi.
8) MIMBAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan daripada keseluruhan peminjam MIMBAR berapa peratuskah yang telah berjaya merubah kehidupan mereka.
-
Bagi peminjam yang enggan melunaskan hutang mereka apakah tindakan yang telah dan akan diambil.
-
Kenapakah skim MIMBAR ini dibekukan buat sementara waktu?
