9) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bantuan peruntukan pendidikan yang telah diberi oleh kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat dari tahun 2008 hingga 2012 dengan mengikut sekolah, tahun dan jumlah bantuan?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu masyarakat minoriti untuk membangunkan pusat pendidikan bahasa ibunda masing-masing seperti pusat bahasa ibunda Punjabi di Selangor?
9) KAD PEDULI SIHAT (KATEGORI KHAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengekalkan kategori khas Kad Peduli Sihat?
9) SKIM TUNAS-BANTUAN TADIKA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini setelah ianya dilancarkan?
-
Berapa banyakkah dalam bentuk statistik, Tadika dan Pelajar yang mengambil bahagian dan yang telah mendapat manfaat hasil dari program ini sejak ianya dilancarkan?
9) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Pelaburan luar merupakan salah satu fokus kerajaan negeri sautu ketika dahulu dalam merancakkan ekonomi negeri. Berapakah jumlah pelaburan dari Timur Tengah di Selangor bagi tahun 2010 dan 2011?
-
Berapakah nilai pelaburan dari China di negeri Selangor bagi tahun 2010 dan 2011?
9) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan hakisan tanah tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran kos yang diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Sila nyatakan apakah kaedah perancangan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut?
9) USAHA UNTUK MENARIK PELABURAN KE SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sejak tahun 2008 berapakah kawasan yang telah dinaiktaraf oleh kerajaan untuk menarik pelaburan?
-
Sila nyatakan projek atau program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk memudahkan pelaburan
-
Berapakah kesannya dengan One-Stop-Centre untuk menolong pelabur-pelabur?
9) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Selepas proses pengemaskinian Peduli Sihat dan KISS adakah pihak EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemerdayaan Keluarga membuat penambahan kuota untuk penerima yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH?
9) POLISI PERUMAHAN UNTUK ‘HOMELESS’ DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Di Selangor masih terdapat masyarakat peneroka bandar "setinggan" dan miskin kota yang tidak memiliki rumah. Apakah polisi-polisi perumahan kerajaan negeri untuk mereka memiliki sebuah rumah?
9) SEKTOR PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang digunakan untuk memaju dan mempromosikan sektor pelancongan di Negeri Selangor. i) Jumlah pecahan mengikut susunan Daerah sejak tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013, ii) Sila menyatakan jenis-jenis projek dan program yang telah di lancarkan di Daerah Kuala Langat; iii) Sebarang projek dan cadangan untuk membangunkan kolam-kolam di Bandar Saujana Putra sebagai tempat beristirahat, riadah dan aktiviti sukan air?
9) BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah initiatif Kerajaan untuk membantu keluarga yang tidak mampu untuk membiayai anak untuk melanjut pelajaran di kolej atau universiti?
-
Nyatakan berapa pemohonan HPIPT yang telah diluluskan sejak 2008 sehingga 2018?
