Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
51) KEPERLUAN DIALISIS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penyakit di Negeri Selangor yang memerlukan dialisis? Sila beri butiran mengikut daerah.
-
Sila nyatakan di manakah mereka mendapat perkhidmatan dialisis.
-
Adakah kerajaan negeri ada perancangan untuk membantu golongan ini?
52) KAJIAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TANAH DAN POTENSI PEMBANGUNAN PENANAMAN UNTUK EKSPORT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk membuat kajian kesesuaian penggunaan tanah dengan jenis tanaman bentuk estate atau berkelompok untuk pengeluaran pelbagai produk pasaran ekspot, contoh seperti penanaman teh & strawberry di Cameron Highland dengan lebih meluas lagi?
-
Pohon penjelasan.
53) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rakyat berpuashati dengan pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan Bas Smart Selangor?
-
Berapakah kos pelaksanaan di seluruh negeri? Adakah ianya efektif?
-
Adakah cadangan untuk menambah laluan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses ke pusat bandar?
54) PERUNTUKAN MARRIS BAIKI JALAN SELURUH SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima bagi tahun 2016?
-
Berapakah jumlah daripada peruntukan ini yang telah digunakan?
-
Apakah menjadi amalan Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan kesemua peruntukan MARRIS yang diterima bagi sesuatu tahun?
55) PERNIAGAAN TANPA LESEN DI KAWASAN PBT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses penguatkuasaan dilaksanakan untuk menangani masalah perniagaan tanpa lesen terutama di tepi-tepi jalan dan kaki lima di seluruh PBT Negeri Selangor?
56) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu pembeli rumah yang terlibat dalam Projek Perumahan Terbengkalai?
-
Senaraikan nama Syarikat dan nama kawasan Taman Perumahan yang terlibat di Daerah Kuala Langat & Klang.
-
Adakah Kerajaan Negeri menyenarai hitamkan Syarikat Pemaju Rumah yang tersebut di atas?
57) BONUS UNTUK KAKITANGAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi bonus mengikut prestasi atau pencapaikan kerja penjawat awam, berbanding cara sekarang dimana semua mendapat bonus yang sama tidak kira prestasi kerja?
-
Apakah cara lain yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi insentif kepada kakitangan?
58) PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TASK FORCE TEBATAN BANJIR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa kalikah kekerapan pembersihan lumpur pada setiap aliran parit utama?
-
Apakah peningkatan dan kemajuan tebatan banjir telah dilaksana dilokasi-lokasi banjir? nyatakan lokasi.
59) KESAN NILAI MATAWANG RINGGIT YANG MENURUN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan pelaburan dalam dan luar negara di Selangor daripada menurunnya nilai Ringgit?
-
Apakah sektor yang memberi pulangan pelaburan kepada Selangor, masa kini?
-
Apa pelan tindakan Kerajaan Selangor dalam beralih industri 'labour intensive' kepada industri 'high tech'?
60) MASALAH KEGIATAN JUDI HARAM DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membenteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri Selangor.