Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
61) Infrastruktur Sukan
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
62) Sampah Haram
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Masalah pembuangan sampah haram dan discharge air sampah merata-rata tempat masih tidak dapat diatasi sehingga sekarang. Bolehkah kerajaan mengemukakan statistik jumlah kes berkaitan yang telah dijatuh hukuman dari tahun 2018 sehingga sekarang?
-
Adakah kerajaan akan menimbang untuk memberatkan hukuman berkenaan?
63) Pengurusan Empangan Klang Gate
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Dalam konteks pengurusan Empangan Klang Gate: - Apakah hubungan antara entiti-entiti berikut: PAAB, SPAN, Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd, LUAS dan JPS?
-
Apakah peranan JPBD, Jabatan Perhilitan Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor?
64) Rizab Kerajaan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun disatukan dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga Oktober Tahun 2020?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2019 dan sehingga Oktober 2020 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
65) Pembuangan Sampah Secara Haram Di Luar Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi dan mengurangkan aktiviti pembuangan sampah haram di dalam seliaan PBT dan bukan seliaan PBT kawasan terbabit?
66) Pengurusan Sampah Kawasan Kampung
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah peruntukan RM6.85 juta yang telah diperuntukan Kerajaan Negeri kepada PBT bagi pengurusan sisa pepejal kawasan kampung dibelanjakan?
67) Keluasan Tanah Kerajaan Yang Telah Dicerobohi
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi seluruh Selangor secara rasmi?
68) Pencemaran Air Semenyih
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan dan jumlah kompaun atau saman ke atas kesalahan melibatkan pencemaran air dan melibatkan LRA Semenyih?
-
Bila tarikh operasi langat 2 dapat digunakan dan berapakah jumlah kos sebenar melibatkan projek ini?
69) Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menambahbaik proses pemilihan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keberkesanan kerjasama PeBT dengan pihak Ahli-Ahli Dewan Negeri di kawasan masing-masing?
70) Aset Air Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan dalam usaha menambah asset kecemasan Air Selangor dalam menghadapi ketiadaan air?
-
Terdapat banyak kawasan yang tidak mendapat bekalan air kecemasan akibat kekurang tangki air.