Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
81) SUMBANGAN KERAJAAN UNTUK SEKOLAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua jenis sekolah yang telah menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri sejak 2008 untuk Dun Selat Klang.
-
Nyatakan sekali penerima, iaitu nama dan pihak yang menerima seperti Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah atau PIBG atau terus ke akaun sekolah
82) JUMLAH RUMAH PRIHATIN YANG DIBINA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah rumah orang miskin yang dibina di bawah Kerajaan Prihatin Selangor sejak 2008 di DUN Selat Klang
-
Jumlah rumah yang dibaikpulih bawah skim dan tempoh yang sama
83) SUMBANGAN KEPADA RUMAH IBADAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua rumah ibadat di DUN Selat Klang yang telah diberi sumbangan oleh Kerajaan Negeri dari 2008-2017
-
Sila nyatakan sekali jumlah sumbangan
-
Nyatakan pemohon yang telah menerima sumbangan
84) PROJEK PEMBANGUNAN DI BAGAN HAILAM, BAGAN SG LIMA DAN PULAU KETAM
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek pembangunan di bawah Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dari 2008-2017 beserta nilai projek.
-
Nyatakan perancangan hingga akhir 2017.
85) PROJEK KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan semua projek kemudahan infrastruktur sukan di DUN Selat Klang sejak 2008 beserta nilai projek dan agensi terlibat.
86) PENERIMA PINJAMAN/BIASISWA SUK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan nama penerima pinjaman SUK sejak 2008 untuk DUN Selat Klang beserta jumlah pinjaman.
87) NAHI MUNGKAR YANG EFEKTIF
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Bilakah terakhir semakan jumlah anggota penguatkuasa JAIS dilakukan?
-
Isu gejala sosial/maksiat dan kemungkaran lazimnya sukar ditangani oleh JAIS kerana dikatakan tidak cukup anggota. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempastikan langkah nahi mungkar berkesan dengan keperluan semasa?
88) SUMBANGAN KERAJAAN KEPADA NGO
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua NGO yang telah menerima sumbangan Kerajaan Negeri sejak 2008.
-
Apakah kriteria yang digunapakai untuk menentukan jumlah dan memilih NGO yang diluluskan Kerajaan?
89) FOKUS UTAMA TARIKAN KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah fokus utama Kerajaan untuk membangun kampung tradisi supaya boleh menjana masyarakat yang maju dan diberkati?
-
Apakah bantuan atau insentif khas dari segi peruntukan mahupun panduan kepakaran atau sumber lain bagi sesebuah kampung yang mahu memulakan projek perintis Òbaldatun tayyibatun wa rabbun ghafurÓ seperti di Kampung Delek?
90) PENUBUHAN JMB BAGI FLAT IMPIAN INDAH A, B DAN C
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang bagi Flat Impian Indah A, B dan C akan menganjurkan penubuhkan JMB?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya bagi Majlis Perbandaran Selayang Bangunan terhadap pemaju bagi Flat Impian Indah A, B dan C yang berdegil untuk menubuhkan JMB?