Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
1) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah pelaburan dan keuntungan yang dicapai oleh DEIG sejak penubuhan.
-
Senaraikan projek-projek yang dilabur oleh DEIG.
2) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pelaburan masuk ke Negeri Selangor setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapa peratuskah pelaburan ini berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
-
Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan pelaburan masuk di Negeri Selangor?
3) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perlaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam?
4) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan dapat mempertimbangkan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi kawasan Taman Matang Jaya, Hospital Sungai Buloh, Kg Melayu Sg Buloh dan Desa Coalfield yang mana ia adalah kawasan penduduk berpendapatan rendah?
5) JOM SHOPPING WARGA EMAS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan semula JOM Shopping untuk warga emas?
6) DEPOSIT UTILITI UNTUK KERJA MELIBATKAN JALAN RAYA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan kes (mengikut PBT) di mana PBT menggunakan deposit syarikat utiliti untuk membaiki jalan raya pada tahun 2013, 2014, 2015.
-
Apakah tempoh masa deposit ini dipegang sebelum dipulangkan kepada syarikat utiliti tersebut?
-
Adakah MMKN berpuas hati dengan kualiti kerja pembaikan jalan raya oleh pihak utiliti?
7) PROGRAM PWB DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis-jenis program yang telah dijalankan sejak ditubuhkan.
-
Berapakah jumlah peserta yang telah berjaya menjadi usahawan? Nyatakan mengikut daerah
8) PROJEK KERJA NAIKTARAF JALAN MERU TAMBAHAN KE PUNCAK ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah saiz dan reka bentuk yang dicadang bagi parit besar tanah dari Jalan Iskandar hingga Jalan Kempas?
-
Apakah kemajuan projek tersebut mengikut seperti dijadualkan?
-
Apakah rujukan petunjuk keselamatan pengguna jalan raya semasa kerja-kerja berjalan?
9) PERKHIDMATAN HOSPITAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan penyediaan perkhidmatan hospital berlokasi di bahagian utara Sepang. Apakah rancangan pembinaan hospital di bahagian selatan Sepang terutama di DUN Sungai Pelek?
10) SUKAN BOWLING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor ada rancangan untuk mempertingkatkan sukan bowling?
-
Jika ya, apakah pelan perancangannya dan peruntukan yang diberikan?
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberikan anugerah atau bantuan khas kepada Emma Firyana yang memenangi "World Bowl Championship 2015" di Australia?