Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

31) PTD HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor telah mengemukakan kertas ringkasan bagi Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa (Desa Rening Jaya) kepada MMKN pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membaikpulih Rumah DO yang usang tapi tinggi nilai sejarahnya?

    Klik jawapan »

32) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI YANG DIFAILKAN DI MAHKAMAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek perumahan terbengkalai di Selangor yang telah difailkan di mahkamah oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan pemulihan terpaksa ditangguhkan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah keputusan mahkamah terhadap projek perumahan terbengkalai di Lembah Beringin?

    Klik jawapan »

33) RUMAH REHAT BANGLO SULTAN SULAIMAN DAN BANGLO SERI SELANGOR BUKIT FRASER

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kos sebenar secara terperinci yang telah dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Rumah Rehat Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Seri Selangor di Bukit Fraser

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuka Banglo Seri Selangor Bukit Fraser untuk sewaan kepada Ahli Dewan Negeri Selangor memandangkan kerja-kerja naik taraf telah siap? Jika ya, nyatakan kadar sewaan.

    Klik jawapan »

34) KEBERSIHAN KESELURUHAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Status terkini penggubalan Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Status terkini penyediaan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas tanah TOL yang tidak diusahakan?

35) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang telah ditawarkan.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan statistik bilangan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut laluan perjalanan

    Klik jawapan »

36) PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN BUKAN DI BAWAH MARRIS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan-jalan bukan di bawah MARRIS sentiasa dalam keadaan yang elok terutamanya jalan-jalan yang digunakan oleh banyak kenderaan berat dan ringan walaupun pemajunya sudah gulung tikar dan jalannya belum diserahkan kepada agensi pelaksana?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan jalan-jalan di kawasan FELDA? Jika tidak, nyatakan cara-cara yang boleh memastikan jalanjalan FELDA di Selangor dalam keadaan yang elok

    Klik jawapan »

37) PENGGUNAAN PERUNTUKAN PWB

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila perincikan penggunaan peruntukan PWB DUN Selat Klang sepanjang 2016 yang telah digunakan oleh mantan penyelaras PWB yang tidak melalui ADUN

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan peraturan menggunakan penggunaan peruntukan RM30,000.00

    Klik jawapan »

  3. Berapakah baki peruntukan PWB Selat Klang apabila penyelia PWB baru mengambil alih?

    Klik jawapan »

38) PENGENDALIAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peratus kitar semula untuk sisa pepejal di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pengasingan sisa serta menggalakkan industri kitar semula?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perkembangan enakmen sisa pepejal Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

39) ASET BADAN BERKANUN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah aset Badan-Badan Berkanun Negeri pada tahun 2014 hingga 2015

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan perubahan dan penyumbang perubahan ini (geran negeri/janaan sendiri) dengan penjelasan terperinci

    Klik jawapan »

40) AKAUN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah akaun kewangan semasa negeri Ð simpanan, kutipan dan perbelanjaan.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah negeri dapat mengekalkan pengurusan akaun yang berhemah?

    Klik jawapan »