Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

81) KEMBARA ATV HUTAN GOMBAK TIMUR HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu memajukan aktiviti kembara ATV (All-Terrain Vehicle) di Kg Kemensah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk insentif atau subsidi yang boleh diberikan oleh Kerajaan bagi menggalakkan anak muda terlibat dalam kembara ATV?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan Tourism Selangor membantu mempromosikan kembara ATV ini ke seluruh dunia?

    Klik jawapan »

82) PROGRAM PENDEMOKRASIAN ANAK MUDA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam menggerakkan program pendemokrasian anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan anak muda dari luar Selangor yang bermastautin di Selangor lebih puluhan tahun untuk menjadi pengundi Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk program pendemokrasian anak muda bagi tahun 2016?

    Klik jawapan »

83) PEMBANGUNAN KG FAJAR, HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Adakah penyelesaian muktamad pembangunan Kg Fajar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat pembangunan Kg Fajar agar peneroka bandar yang telah menetap di situ lebih 60 tahun dapat hidup dengan selesa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat yang ditetapkan sekiranya pembangunan ini perlu kepada usahasama antara syarikat pemaju swasta dengan GLC Selangor?

    Klik jawapan »

84) CAR BOOT SALE

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah polisi Kerajaan terhadap aktiviti hujung minggu rakyat yang dipanggil sebagai ÒCar Boot SaleÓ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat yang telah dikenakan/akan dikenakan kepada individu yang terlibat dalam perniagaan sebegini?

    Klik jawapan »

  3. Bolehkah lesen dikecualikan daripada peniaga-peniaga car boot sale?

    Klik jawapan »

85) PROJEK LEBUHRAYA DUKE FASA 3

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Projek Lebuhraya DUKE Fasa 3?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju swasta yang tidak merujuk kepada MPAJ walaupun projek tersebut melalui kawasan tadbir MPAJ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perlu kerajaan menilai untung-rugi projek ini jika diukur dengan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat?

    Klik jawapan »

86) PERMOHONAN TAPAK BAHARU PDK HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah bentuk bantuan yang pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Hulu Kelang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap permohonan satu tapak tanah bagi pembinaan baharu PDK Hulu Kelang?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kerajaan boleh memanfaatkan fokus PDK Hulu Kelang dengan sekaligus menjalankan program pemulihan OKU di Gombak, Ampang dan Lembah Jaya?

    Klik jawapan »

87) MENUKAR STATUS TANAH DI KAWASAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pendirian kerajaan terhadap nasib dan hak 50 orang penduduk Kg Kemensah yang telah mengusahakan lebih dari 30 tahun kawasan tanah seluas 100 ekar yang pada asalnya adalah Tanah Rizab Melayu Sg Telaga tetapi pada 15 Januari 2015 telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Ulu Gombak (Tambahan)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan bersedia menukar status tanah seluas 100 ekar dengan pada masa sama mematuhi syarat pengekalan sebanyak 32% kawasan berhutan di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri boleh menukar status kawasan ini jika cukup fakta menyatakan bahawa keadaan kawasan tersebut tidak lagi sesuai sebagai kawasan hutan simpan?

    Klik jawapan »

88) KOS PENYELENGGARAAN MASJID/SURAU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kos penyelenggaraan semua masjid/surau di daerah Klang sejak 2008.

    Klik jawapan »

89) TEMPOH KELULUSAN INSENTIF PERKAHWINAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berapa lama masa yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk meluluskan sesebuah permohonan insentif perkahwinan?

    Klik jawapan »

  2. Sejak diperkenalkan, senaraikan insentif perkahwinan yang telah dibayarkan kepada pemohon mengikut tahun.

    Klik jawapan »

90) LATIHAN TERFOKUS USAHAWAN DI DUN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah sasaran usahawan berjaya yang mahu dilahirkan oleh Kerajaan Negeri untuk setiap DUN?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan usahawan yang telah berjaya dilahirkan setiap tahun sejak 2008 mengikut daerah.

    Klik jawapan »