Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

1) PENGGANTIAN PAIP SYABAS JENIS AC

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Paip Syabas jenis AC yang telah usang menyebabkan berlakunya paip pecah. Apakah status terkini penggantian paip-paip lama di seluruh Selangor dan kosnya?

    Klik jawapan »

  2. Di kawasan mana di Semenyih yang terlibat dalam penggantian paip tersebut?

    Klik jawapan »

2) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah Perpustakaan Awam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah anggaran perbelanjaan tahunan yang digunakan untuk operasi Perpustakaan Awam di Selangor? Mohon dinyatakan mengikut perpustakaan.

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemudahan-kemudahan atau teknologi terkini yang disediakan di Perpustakaan Awam Selangor?

    Klik jawapan »

3) RUMAH PKNS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Mohon statistitik pembinaan rumah PKNS yang telah siap dan dalam pembinaan atau perancangan mulai 2008 mengikut daerah Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Berapa luaskah tanah kerajaan negeri yang digunakan oleh PKNS untuk membina rumah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapa luas pula tanah-tanah swasta yang dibeli untuk tujuan itu jika ada?

    Klik jawapan »

4) ISU GANGGUAN AIR MELIBATKAN LEBIH 300 RIBU PENGGUNA RUMAH TERJEJAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Apakah punca-punca berlakunya gangguan bekalan air di empat daerah Negeri Selangor (Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan penguatkuasaan selaras dengan Undang-undang / Peraturan-peraturan yang telah diambil untuk pesalah yang telah dikenalpasti sebagai punca kejadian ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan rebat dalam bil air kepada semua akaun pengguna SYABAS yang terlibat?

    Klik jawapan »

5) PEMBANGUNAN PROJEK BERCAMPUR DI TEPI PAYA INDAH WETLAND DENGKIL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan butir dan makluman lengkap mengenai pembangunan sebuah projek bercampur di tepi lot tanah Paya Indah Wetland, Dengkil, Daerah Kuala Langat, Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan nama pemaju syarikat, nombor lot tanah, nama projek, jumlah dan bilangan pembangunan perdagangan atau kediaman.

    Klik jawapan »

  3. Sila menyatakan tarikh pemaju syarikat mendapatkan kelulusan tukar syarat penggunaan tanah daripada pertanian kepada perdagangan atau kediaman.

    Klik jawapan »

6) KUOTA AHLI LEMBAGA PENASIHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan syarat atau kelayakan penamaan calon untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Sila memberikan nama-nama yang sedang, atau telah menyandang jawatan tersebut sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

  3. Sila menyatakan jumlah kuota yang diperolehi oleh setiap parti komponen di antara PKR, DAP, PAS atau AMANAH

7) SISTEM PENTADBIRAN PEMAJU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah Sistem Pentadbiran Pemaju dilaksanakan dan bagaimana ianya memantau prestasi pemaju di Selangor termasuk aspek keselamatan pekerja?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat pembinaan dan kontraktor yang melanggar undang-undang keselamatan pekerja berikutan kematian orang awam di Bukit Bintang baru-baru ini?

    Klik jawapan »

8) PROJEK HARTANAH DI DAERAH KUALA SELANGOR OLEH GLC

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kesemua projek usahasama projek hartanah di Daerah Kuala Selangor antara Kerajaan Selangor melalui GLC dengan pemaju swasta. Berikan maklumat tentang saiz tanah, GDV, tempoh usahasama dan maklumat-maklumat lain termasuk pulangan kepada kerajaan.

    Klik jawapan »

9) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL MBPJ

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan nama dan nombor syarikat kesemua 17 kontraktor yang dilantik untuk mengurus sisa pepejal di MBPJ sejak 1 Ogos 2016.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan juga bilangan NTC yang telah dikeluarkan kepada mana-mana 17 kontraktor sehingga sekarang.

    Klik jawapan »

10) AJARAN AGAMA SESAT DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah definisi terhadap ajaran agama Islam yang sesat di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan semua ajaran agama Islam yang sesat di Selangor serta butiranbutiran terperinci terhadap aktiviti mereka dan cara-cara yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka.

    Klik jawapan »