Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
1) PENGGANTIAN PAIP SYABAS JENIS AC
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Paip Syabas jenis AC yang telah usang menyebabkan berlakunya paip pecah. Apakah status terkini penggantian paip-paip lama di seluruh Selangor dan kosnya?
-
Di kawasan mana di Semenyih yang terlibat dalam penggantian paip tersebut?
2) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN AWAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Perpustakaan Awam Negeri Selangor?
-
Berapakah anggaran perbelanjaan tahunan yang digunakan untuk operasi Perpustakaan Awam di Selangor? Mohon dinyatakan mengikut perpustakaan.
-
Apakah kemudahan-kemudahan atau teknologi terkini yang disediakan di Perpustakaan Awam Selangor?
3) RUMAH PKNS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon statistitik pembinaan rumah PKNS yang telah siap dan dalam pembinaan atau perancangan mulai 2008 mengikut daerah Negeri Selangor.
-
Berapa luaskah tanah kerajaan negeri yang digunakan oleh PKNS untuk membina rumah tersebut?
-
Berapa luas pula tanah-tanah swasta yang dibeli untuk tujuan itu jika ada?
4) ISU GANGGUAN AIR MELIBATKAN LEBIH 300 RIBU PENGGUNA RUMAH TERJEJAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca-punca berlakunya gangguan bekalan air di empat daerah Negeri Selangor (Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang)?
-
Apakah tindakan penguatkuasaan selaras dengan Undang-undang / Peraturan-peraturan yang telah diambil untuk pesalah yang telah dikenalpasti sebagai punca kejadian ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan rebat dalam bil air kepada semua akaun pengguna SYABAS yang terlibat?
5) PEMBANGUNAN PROJEK BERCAMPUR DI TEPI PAYA INDAH WETLAND DENGKIL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir dan makluman lengkap mengenai pembangunan sebuah projek bercampur di tepi lot tanah Paya Indah Wetland, Dengkil, Daerah Kuala Langat, Selangor.
-
Sila berikan nama pemaju syarikat, nombor lot tanah, nama projek, jumlah dan bilangan pembangunan perdagangan atau kediaman.
-
Sila menyatakan tarikh pemaju syarikat mendapatkan kelulusan tukar syarat penggunaan tanah daripada pertanian kepada perdagangan atau kediaman.
6) KUOTA AHLI LEMBAGA PENASIHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan syarat atau kelayakan penamaan calon untuk mengisi jawatan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila memberikan nama-nama yang sedang, atau telah menyandang jawatan tersebut sejak tahun 2008 sehingga sekarang.
-
Sila menyatakan jumlah kuota yang diperolehi oleh setiap parti komponen di antara PKR, DAP, PAS atau AMANAH
7) SISTEM PENTADBIRAN PEMAJU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Sistem Pentadbiran Pemaju dilaksanakan dan bagaimana ianya memantau prestasi pemaju di Selangor termasuk aspek keselamatan pekerja?
-
Apakah tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat pembinaan dan kontraktor yang melanggar undang-undang keselamatan pekerja berikutan kematian orang awam di Bukit Bintang baru-baru ini?
8) PROJEK HARTANAH DI DAERAH KUALA SELANGOR OLEH GLC
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kesemua projek usahasama projek hartanah di Daerah Kuala Selangor antara Kerajaan Selangor melalui GLC dengan pemaju swasta. Berikan maklumat tentang saiz tanah, GDV, tempoh usahasama dan maklumat-maklumat lain termasuk pulangan kepada kerajaan.
9) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL MBPJ
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan nombor syarikat kesemua 17 kontraktor yang dilantik untuk mengurus sisa pepejal di MBPJ sejak 1 Ogos 2016.
-
Senaraikan juga bilangan NTC yang telah dikeluarkan kepada mana-mana 17 kontraktor sehingga sekarang.
10) AJARAN AGAMA SESAT DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah definisi terhadap ajaran agama Islam yang sesat di Selangor?
-
Senaraikan semua ajaran agama Islam yang sesat di Selangor serta butiranbutiran terperinci terhadap aktiviti mereka dan cara-cara yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka.