Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

251) POKOK-POKOK YANG TIDAK DICANTAS DI DUN SEMENYIH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Mohon MPKj segera mencantas atau menebang pokok-pokok di tepi jalan yang membahayakan orang ramai. Ada tempat yang tidak pernah dicantas sejak 2008.

    Klik jawapan »

  2. Ingin tahu senarai kontraktor penebang pokok yang dilantik oleh MPkj di kawasan DUN Semenyih dan apakah SOP pemotongan?

252) PROGRAM BIASISWA YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Apakah Yayasan Selangor akan mewujudkan kembali program pinjaman pendidikan dan biasiswa untuk anak Selangor yang cemerlang?

  2. Apakah terdapat penambahan peruntukan kewangan untuk memberi peluang lebih banyak kepada bakal penerima biasiswa dan pinjaman tersebut?

253) KOLAM TAKUNGAN AIR DI SUNGAI SERA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan maklum bahawa SYABAS telah lama ada rancangan untuk membina kolam takungan air di Sungai Serai?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, apakah masalah kolam takungan air itu masih belum dibina walaupun papan tanda telah lama dipasang?

  3. Apakah kedudukan sekarang?

254) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat ini apakah kemajuan yang dicapai oleh petani yang menyertai Projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan blok sawah yang dikenalpasti dalam Projek Perintis pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

255) PROJEK PJ SENTRAL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. PKNS telah kehilangan peluang keemasan untuk mengetuai pembangunan semula sebidang tanah di Petaling Jaya yang sekarang dikenali sebagai PJ Sentral. Apakah langkah-langkah remedi dalaman yang telah diambil oleh PKNS untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang?

    Klik jawapan »

256) TADBIR URUS AGAMA ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah hal ehwal tadbir urus Agama Islam di Selangor berdasarkan undang-undang tubuh negeri?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah peranan kuasa eksekutif negeri dalam membantu tadbir urus Agama Islam di Selangor?

    Klik jawapan »

257) MENANGANI KUMPULAN-KUMPULAN YANG MEMBANGKITKAN KEBENCIAN ATAS FAHAMAN PERKAUMAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan kumpulan-kumpulan ultra perkauman yang sedang giat membawa isu perkauman sempit di Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Berpandukan Perlembagaan Persekutuan, apakah tindakan di bawah kuasa Negeri yang boleh diambil terhadap mereka?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program yang telah dijalankan melalui media sosial untuk menangani cyber trooper kumpulan ini?

258) PERUNTUKAN KHAS UNTUK ISU SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Bagi majlis perbandaran yang mempunyai bebanan jumlah sampah yang tidak mampu ditampung oleh PBT itu sendiri, adakah kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan tambahan mengatasi masalah pengurusan sampah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerajaan mampu mengatasi masalah sampah?

    Klik jawapan »

259) PROJEK INFRASTRUKTUR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Apakah projek infrastruktur yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

260) HAL EHWAL HINDU DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu penubuhan Lembaga Wakaf Hindu Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberikan perkhidmatan air percuma kepada kuil-kuil yang berdaftar selepas penstrukturan semula air Selangor?

    Klik jawapan »