Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

101) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR (URBAN REGENERATION)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam isu bandar lama yang memerlukan pembangunan semula?

  2. Adakah MBPJ membuat pelan pembangunan semula kawasan-kawasan di Petaling Jaya yang sudah berusia lebih 30 tahun?

  3. Bagaimana kawasan Taman Dato' Harun dan Taman Medan dapat dibangunkan semula?

102) DEWAN SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina gelanggang sukan pelbagai guna bentuk seperti dewan tertutup atau stadium tertutup seperti Stadium MPSJ Serdang Jaya di Daerah Gombak?

    Klik jawapan »

103) PROJEK FESTIVAL LAKECITY PUCHONG BERLOKASI DI BELAKANG IOI MALL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status permohonan kebenaran merancang (KM) terhadap projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan status zon guna tanah bagi keseluruhan lokasi projek tersebut mengikut pengubahan pelan terkini.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh PBT sekiranya informasi pengiklanan yang tidak tepat dipaparkan sebelum sebarang kelulusan pembangunan dari PBT?

    Klik jawapan »

104) RUMAH IBADAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai tapak tanah yang diberikan kepada Rumah Beribadat Islam dan Rumah Beribadat Selain Islam.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk mensyaratkan sebahagian tanah/bangunan untuk projek-projek baru sebagai tempat beribadat agama?

    Klik jawapan »

105) STATUS PERANCANGAN PROJEK PEMBINAAN BAHARU KOMPLEKS SUKAN MPK DI MERU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan telah diluluskan?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah tempoh mula dan siap projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah di tapak cadangan di Lot 5266, 5267 dan Padang Serai Wangi sudah tidak dapat dirundingkan atau ada tapak baru?

    Klik jawapan »

106) PENJAJA WARGA ASING

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah penjaja warga asing yang berniaga di seluruh negeri mengikut PBT masing-masing

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan tindakan yang telah dan akan diambil bagi memastikan aktiviti perniagaan mereka diberhentikan dengan segera

    Klik jawapan »

107) PEMASANGAN LAMPU LED

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah status projek pemasangan lampu jalan LED di setiap DUN yang telah diluluskan?

    Klik jawapan »

108) PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah penyelesaian pejabat tanah terhadap parit jepun?

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi kerajaan untuk jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

109) PERUNTUKAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan nama pertubuhan / persatuan mengikut kategori Tokong, Kuil dan Gereja, jumlah peruntukan diluluskan bagi tahun 2013, 2014 sehingga bulan Julai 2015 di Daerah Kuala Langat.

    Klik jawapan »

  2. Apakah buku panduan, peraturan yang diguna pakai oleh Jawatankuasa RIBI semasa memutuskan jumlah peruntukan kepada sesebuah pertubuhan / persatuan RIBI?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pendirian dan keputusan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri terhadap bangunan RIBI yang dibina di atas tanah rizab Kerajaan (rizab sungai, jalan dan lain-lain), roboh, halau dan tanpa menyediakan tapak pemindahan?

    Klik jawapan »

110) BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DI MBPJ

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah harga anggaran per ton sampah yang dibayar MBPJ kepada kontraktorkontraktor pembersihan dan sisa pepejal dan bagaimanakah maklumat-maklumat ini telah diguna dalam mempakej tender, kontrak dan sebutharganya. Sila guna contoh di Zon 19 dan 20.

    Klik jawapan »