Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

61) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Dalam manifesto pilihanraya yang ke-13 yang lalu, Y.A.B. DatoÕ Menteri Besar berjanji untuk melaksanakan dua program berikut:- 1. Menubuhkan Yayasan Pembangunan Usahawan Selangor. 2. Membina gerai-gerai untuk peniaga kecil di Bandar. Sejauh manakah perlaksanaan program ini telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peruntukan yang telah ditetapkan untuk program ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sasaran Kerajaan dalam melaksanakan program ini?

    Klik jawapan »

62) MAJLIS PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah status penubuhan Majlis Pengangkutan Awam Selangor dan apakah peranan yang akan dimainkan oleh badan ini untuk membangun satu dasar menyeluruh berkenaan pengangkutan awam di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program rebet pengangkutan awam kepada kakitangan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

63) LEBUH RAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri memiliki pegangan saham di syarikat konsesi lebuh raya tertentu. Nyatakan nama syarikat konsesi lebuh raya dan jumlah pegangan saham yang dimiliki?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah nilai pelaburan dan keuntungan yang diperoleh Kerajaan Negeri dari 2008 hingga 2013?

    Klik jawapan »

64) PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah Exco menyatakan kejayaan-kejayaan besar Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin pada 2013 di dalam usaha- usaha membantu golongan ini?

    Klik jawapan »

65) PERTAMBAHAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menambah jumlah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memandangkan kepesatan penduduk dan pegangan-pegangan aset di PBT-PBT begitu pesat dan cepat, umpamanya, mewujudkan Majlis Perbandaran Bangi dengan memisahkannya daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)?

    Klik jawapan »

66) PINJAMAN KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah KDEB akan membayar penuh pinjaman tersebut?

    Klik jawapan »

67) IKLAN HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang telah ditanggungkan oleh setiap PBT untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh iklan haram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri terhadap masalah iklan haram yang masih berlarutan?

    Klik jawapan »

68) PERTANIAN ORGANIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan sehingga kini dan akan datang dalam penggunaan Pertanian Organik dalam menghasilkan produk pertanian di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan hasil pertanian yang dipasarkan menggunakan kaedah pertanian organik.

    Klik jawapan »

69) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah TKPM yang wujud di Negeri Selangor. Nyatakan secara terperinci dari segi keluasan dan hasil yang diperolehi serta jumlah peserta yang terlibat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan Negeri bagi tapak TKPM di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status TKPM Bestari Jaya yang dikatakan terlibat dalam projek kolam takungan air ?

    Klik jawapan »

70) PROGRAM BAIK PULIH NEGERI BERKEBAJIKAN (CERIA)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut


  1. Apakah perincian program CERIA tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan nama dan lokasi pangsapuri yang bakal dibaik pulih melalui program ini mengikut PBT?

    Klik jawapan »