Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
1) PROGRAM WANITA TAHUN 2014
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan program baru yang ditawarkan kepada Wanita dalam tahun 2014
-
Sila kemukakan jadual pelaksanaan atau perancangan tahunan untuk program Wanita tahun 2014
-
Sila kemukakan senarai lengkap bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi dengan bilik asuhan dan yang tidak dilengkapi dengan bilik asuhan.
2) SENARAIKAN BINAAN TOKONG DAN KUIL DUN MERU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Tokong dan kuil yang telah daftar di bawah exco hal ehwal bukan islam.
-
Apakah peruntukan yang mereka perolehi?
-
Senaraikan dan berapa jumlah yang telah menerima bantuan pembangunan?
3) PEMASANGAN PALANG BESI DI GATED AND GUARDED DIKAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan kuasa mutlak MELULUSKAN pemasangan palang besi di Gated and Guarded dikawasan perumahan sedia ada? Apakah bidang kuasa yang ada pada PBT dalam pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dalam Gated and Guarded?
-
Sila menyatakan jumlah angka Gated and Guarded yang DILULUS oleh setiap PBT dan DITOLAK
-
Adakah Gated and Guarded membuahkan hasil menampakkan kes jenayah dalam kawasan perumahan turun?
4) SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN (SPAH)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bangunan di kawasan Petaling Jaya lengkap dengan sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) mengikut Guidelines For Installing Rainwater Collection And Utilization System oleh KPKT?
-
Bagaimana akreditasi dan audit dijalankan untuk memastikan SPAH benar-benar dipasang dan digunakan?
5) MASALAH ANJING LIAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah masalah ini real atau lebih merupakan prejudis sebahagian masyarakat terhadap haiwan ini?
-
Apakah kaedah muktamad penyelesaian anjing liar?
-
Apakah tindakan terhadap pemilik anjing peliharaan yang dilepaskan menjadi anjing liar?
6) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?
-
Adakah kerajaan negeri membantu dalam mempromosikan produk IKS seperti makanan ringan kerepek dan kuih-kuih tempatan?
7) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2014.
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) untuk DUN Rawang bagi tahun 2010-2014.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin kualiti yang baik untuk perkhidmatan asuhan kanak-kanak dalam Negeri Selangor?
8) PELABURAN INISIATIF PBT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan khusus setiap PBT di Selangor dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara bagi merancakkan ekonomi?
-
Nyatakan statistik pencapaian pelaburan tahun 2008 2013 mengikut PBT?
9) PERKEMBANGAN SYIAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah kerajaan negeri mengambil berat bahaya ancaman fahaman Syiah pada umat Islam di Selangor?
-
Nyatakan statistik pengikut ajaran Syiah di negeri Selangor mengikut Daerah?
10) PEMBANGUNAN UiTM DI SERENDAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah status cadangan projek pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah?
-
Apakah penyelesaian kerajaan dengan pihak Yayasan Basmi Kemiskinan bagi memastikan projek tersebut diteruskan?