Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

121) RIZAB NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah aliran wang yang masuk dari tahun 2008 hingga 2014 ke akaun negeri sehingga dapat mengumpul rizab yang banyak?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi yang digunakan sehingga dapat mengumpul rizab yang tinggi tersebut?

122) BELIA MISKIN DI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah ada sebarang program untuk memastikan golongan belia Selangor bebas miskin sama ada di bandar ataupun di luar bandar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program yang telah disediakan dan akan dilaksanakan untuk membantu menaikkan taraf hidup mereka?

    Klik jawapan »

123) USAHAWAN BUMIPUTERA PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah usahawan Bumiputera yang berada di bawah PKNS serta bidang mereka?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi PKNS untuk memastikan usahawan Bumiputera PKNS berdaya maju?

    Klik jawapan »

124) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan lokasi, keluasan dan nilai hartanah di bawah kumpulan ini mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kasar untuk pembangunan tanah-tanah tersebut di masa hadapan?

125) GANGGUAN KESELESAAN DAN KETENTERAMAN OLEH PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mengenal pasti bilangan pendatang asing tanpa izin yang berada di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tindakan yang telah/akan diambil untuk menyelesaikan masalah gangguan keselesaan dan ketenteraman oleh PATI ini terutamanya di DUN Dusun Tua seperti di Kondominium Venice Hill, Taman Alam Jaya dan lain-lain.

126) KOLEJ INSPENS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan pelajar yang diambil pada tahun 2013 mengikut pecahan kaum ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan dengan terperinci apakah objektif utama penubuhan Kolej tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kedudukan kewangan terkini dan berapakah peruntukan tahunan yang diterima daripada Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

127) PERUMAHAN BUKIT BOTAK (SELAYANG MUTIARA)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statistik terkini status kemasukan dan permohonan serta pembiayaan perumahan Bukit Botak?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah status penawaran pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi pemilik Bukit Botak yang tidak mendapat sebarang pembiayaan dari pihak bank?

    Klik jawapan »

128) KES PENYALAHGUNAAN DADAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan perangkaan kes penyalahgunaan dadah masing-masing di Daerah Kuala Langat dan Daerah Sepang.

    Klik jawapan »

129) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai Pusat Wanita Berdaya yang telah ditubuhkan.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan senarai program yang telah dianjurkan oleh setiap Pusat Wanita Berdaya pada tahun 2013 dan 2014.

    Klik jawapan »

130) KENDERAAN RASMI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan Nombor pendaftaran kenderaan dan jenama kenderaan rasmi yang diguna pakai oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor dan kesemua barisan EXCO, YB Speaker dan Y.B. Timbalan Tuan Speaker, Y.B. Ketua Setiausaha Negeri, Y.B. Pegawai Kewangan Negeri, YB Penasihat Undang-Undang Negeri dan Y.B. Ketua Pembangkang

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan kos penyelenggaraan dari setiap bulan pada tahun 2013 sehingga bulan berakhir bulan Mei, 2014

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerja-kerja penyelenggaraan mempunyai kontrak dengan syarikat penjual kereta?

    Klik jawapan »

  4. Adakah kereta rasmi ini akan dijual terus kepada para YB mengikut harga pasaran selepas tamat tempoh perkhidmatan mereka?