Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

121) CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT I-CITY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional di sebalik perkongsian kos pembinaan berjumlah hampir RM 60 juta dengan I-City Bhd bagi pembinaan persimpangan bertingkat itu?

    Klik jawapan »

  2. Kenapa anak-anak Syarikat Kerajaan (State GLC) dibebani dengan berkongsi membayar kos pembinaan persimpangan tersebut?

    Klik jawapan »

122) PROGRAM MAMMOGRAM TELAH DIJALANKAN DENGAN JAYANYA UNTUK WARGA WANITA SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk program ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah kaum wanita Selangor yang telah mendapat manfaat ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan Selangor mempunyai cadangan untuk mengadakan program kesihatan bagi penyakit kronik seperti pemeriksaan jantung ,pemeriksaan kencing manis atau buah pinggang bagi tujuan mencari penyakit awal warga dewasa atau tua Selangor?

    Klik jawapan »

123) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah status penjualan tanah milik Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membaiki kedudukan kewangan Yayasan Selangor?

124) MASALAH KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila perjelaskan apakah punca utama yang menyebabkan sejak kebelakangan ini sering berlaku masalah kelewatan kutipan sampah di kebanyakan PBT ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah modus operandi yang diguna pakai oleh setiap PBT bagi mengatasi masalah tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah perbelanjaan kutipan sampah dan kerja-kerja pembersihan setiap tahun bagi seluruh PBT Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

125) PERMASALAHAN JALAN-JALAN MASUK DI KAWASAN BUKIT BERUNTUNG / BUKIT SENTOSA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaiki jalan tersebut untuk jangka panjang ?

    Klik jawapan »

  2. Mengapa Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan tersebut sebaik-baiknya sesuai dengan jalan utama?

    Klik jawapan »

126) MPKJ MEMBUKA TAWARAN KONTRAKTOR LUAR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada awal Januari 2012, pihak MPKj membuka tawaran kontrak secara terbuka kepada kontraktor luar, dan kontraktor yang sedia ada membuat bantahan. Pihak kontraktor manakah yang membantah MPKj membuka kontrak secara terbuka mengangkut sampah?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lamakah pihak tersebut memonopoli kontrak perbandaran ini?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah pihak MPKj dapat mengatasi monopoli kontrak kepada kroni- kroni ini?

    Klik jawapan »

127) PUSAT PELACURAN 24 JAM DI PEKAN MERU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini ,kita digemparkan melalui sebuah akhbar tempatan yang memaparkan mengenai aktiviti pelacuran yang bergiat aktif dalam masa 24 jam di Pekan Meru,Klang yang wujud sejak tahun 2009 setahun selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Sebagai seorang eksekutif tertinggi di Negeri Selangor ,sedar atau tidak kegiatan ini telah berlanjutan sehingga 2012 ?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah tindakan yang telah diambil oleh pihak penguatkuasa JAIS tentang masalah ini?

    Klik jawapan »

128) FAEDAH YANG DIJANA DARI AKAUN SMUE DI AM BANK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan semua faedah yang diterima melalui akuan SMUE sejak akaun ini dimulakan

    Klik jawapan »

  2. Siapakah dan di manakah faedah tersebut disimpan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang boleh menentukan kegunaan faedah tersebut?

    Klik jawapan »

129) GAJI SERTA KEMUDAHAN KEPADA PENASIHAT EKONOMI DAN PENGARAH PENERANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Berapakah gaji yang dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk kedua-dua jawatan tersebut? Selain daripada gaji apakan kemudahan serta keistimewaan yang kerajaan negeri berikan kepada mereka?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah sumbangan yang mereka berikan untuk manfaat rakyat di Selangor?

    Klik jawapan »

130) MARRIS & MAKSIAT PELACURAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan MARRIS di Meru yang telah dibelanjakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur?

    Klik jawapan »

  2. Syarikat manakah yang berjaya mendapat projek tersebut?

    Klik jawapan »

  3. c) Berikan perincian bagi tempoh Januari 2011 hingga 2012; 1. Senaraikan nama dan bilangan rumah urut berlesen mengikut PBT. 2. Berapakah bilangan & kekerapan operasi penguatkuasaan dalam memastikan pelesen patuh pada syarat-syarat lesen? 3. Hasil operasi penguatkuasaan, berapakah bilangan premis yang terlibat dengan urut bermaksiat serta maksiat pelacuran. 4. Adakah terdapat halangan dalam menguatkuasakan menutup/ menyita premis yang berulang kali kesalahannya?

    Klik jawapan »