Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

41) PEMBERIAN BAUCAR AIR PERCUMA KEPADA PANGSAPURI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah atau nilai baucar air yang telah diberi kepada pangsapuri di Selangor. Sila senaraikan pangsapuri di bawah MPAJ yang dapat baucar air mengikut DUN.

    Klik jawapan »

  2. Apakah sistem pemantauan yang ada untuk memastikan baucer tersebut tidak disalahgunakan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang menerima baucar? Penduduk, JMB atau persatuan? Kenapa?

    Klik jawapan »

42) PROJEK KAWALAN BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Kenapakah kerajaan negeri cuai dalam melaksanakan projek tersebut yang telah diluluskan oleh Barisan Nasional sebelum ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan dan inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir di Hulu Langat?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kerjasama dan koordinasi kerajaan negeri dengan agensi Kerajaan Persekutuan untuk membantu masalah banjir?

43) PEMBERSIHAN DI PBT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos yang dapat dijimatkan oleh kerajaan negeri mengikut PBT sejak pengambilalihan tersebut dikuatkuasakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang dikeluarkan untuk membeli lori sampah, alatan pembersihan dan penggajian kakitangan untuk mengurus pembersihan tersebut mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil oleh PBT berkenaan pelbagai rungutan dan aduan oleh masyarakat setempat berkaitan dengan keberkesanan pengurusan pembersihan sejak diambil alih oleh PBT?

    Klik jawapan »

44) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah fungsi dan objektif penubuhan MBI dan bagaimanakah strukturnya dalam pentadbiran negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah projek atau program yang dibiayai atau dikendalikan oleh MBI?

    Klik jawapan »

  3. Berapa kakitangan yang bernaung dan dibiayai oleh MBI serta kosnya?

    Klik jawapan »

45) PENURUNAN KADAR CUKAI PINTU FLAT KOS RENDAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan flat-flat kos rendah yang telah mendapat penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% mengikut pecahan PBT dan bilakah tarikh berkuat kuasa dasar ini?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah nilai dan pintu rumah yang mendapat manfaat di bawah penurunan kadar cukai pintu mengikut pecahan flat dan pecahan PBT.

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekurangan ruang rekreasi dan sosial seperti dewan komuniti, perpustakaan dan sebagainya di kawasan Flat Kos Rendah dengan kepadatan penduduk yang tinggi?

    Klik jawapan »

46) PENGLIBATAN KPS DALAM INDUSTRI GAS ASLI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Meminta kerajaan Selangor memberi butiran-butiran yang lebih terperinci tentang pembelian 40% saham dalam syarikat NGC Energy Sdn. Bhd. oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan sebab-sebab KPS melibatkan diri dalam industri gas asli?

    Klik jawapan »

47) KES MALARIA DAN DENGGI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah faktor yang menyebabkan kawasan Hulu Langat mempunyai kes malaria tertinggi seperti laporan dari Pejabat Kesihatan Hulu Langat?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kedudukan Hulu Langat dari keseluruhan kes denggi di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil?

    Klik jawapan »

48) KUALITI HIDUP RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah visi dan perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor sebagai Òlivable cityÓ dari aspek perumahan, pengangkutan awam, kesenian dan kebudayaan. Apakah cabaran yang dihadapi sekarang dan bagaimana kerajaan negeri mengatasinya.

    Klik jawapan »

49) MASALAH PENYELENGGARAAN KAWASAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri Selangor dalam tempoh tahun 2009 Ð 2011?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah Belanja Mengurus tahunan yang diperuntukkan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor sepanjang tempoh 2009 Ð 2012?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan dan peratusan berbanding Belanja Mengurus yang diperolehi Majlis Perbandaran Selayang bagi kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bawah jajahannya?

    Klik jawapan »

50) PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah masjid yang pemilihan Jawatankuasa Masjid mengikut peraturan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan seterusnya jika Jawatankuasa Masjid tidak mengadakan mesyuarat Agong?

    Klik jawapan »

  3. Pernahkah pihak MAIS / JAIS menerima pelantikan Jawatankuasa Masjid hanya melalui cadangan kumpulan tertentu sahaja dengan tidak melalui sistem pemilihan mesyuarat Agong kariah?

    Klik jawapan »