Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

71) MANIFESTO PUSAT SEHENTI MASALAH SOSIAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?

  2. Nyatakan statistik jumlah mereka mendapatkan khidmat, kaum, jantina dan jenis kes?

  3. Berapa jumlah kewangan yang diperuntukkan?

72) MASJID JAMEK KANCHONG DARAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Bertulis


  1. Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor telah ada cadangan membina semula/baru Masjid Jamek Kanchong Darat dan telah dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Langat pada masa itu. Ini adalah kerana masjid tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah di waktu sembahyang Jumaat dan Hari Kebesaran. Mujur ada kebenaran dari pihak JAIS untuk menggunakan surau sebagai tempat sembahyang pada hari-hari utama dan kebesaran. Apakah cadangan tersebut masih berkuat kuasa atau telah di tamatkan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapa tiada usaha ke arah pembinaan masjid baru tersebut sehingga hari ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kutipan derma masjid masih dijalankan dan siapakah yang memegang amanah Tabung Pembinaan masjid baru berkenaan?

    Klik jawapan »

73) KITAR SEMULA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk jangkamasa pendek dan panjang dalam melaksanakan usaha bersepadu mengitar semula dan mengasingkan sampah bagi seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »

74) PROJEK PEMBINAAN KAWASAN PERUMAHAN BUKIT TERATAI- TERATAI RESIDENCE

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah unit rumah atau shop akan dibina?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah parking akan disediakan dalam pembinaan tersebut

    Klik jawapan »

  3. Adakah pelan pembangunan telah diluluskan oleh pihak MPAJ?

    Klik jawapan »

75) J.P.S

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Dalam usaha menangani isu banjir. apakah pelan jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh J.P.S.

    Klik jawapan »

  2. apakah tindakan yang diambil ke atas kontraktor yang lewat jadual terhadap projek yang dilaksanakan

    Klik jawapan »

76) PREMIS MPK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keseluruhan premis perniagaan yang disewakan kepada orang ramai yang dimiliki oleh Majlis Perbandaran Klang?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah premis dan nama penyewa yang mempunyai tunggakan sewa di premis MPK.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keseluruhan jumlah tunggakan sewa premis berkenaan yang tidak dapat dikutip oleh MPK dan berapakah jumlah pen yewa yang menyewakan semula premis kepada pihak ketiga atau warga asing . Senaraikan penyewa berkenaan?

    Klik jawapan »

77) PENYELESAIAN SETINGGAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah dasar dalam menyelesaikan masalah setinggan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan untuk menyelesaikan masalah setinggan Kg Fajar, Kg Kemensah, Kg Taman Warisan dan Kg Batu 7 _ (DUN Hulu Kelang)?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bilangan penduduk setiap kawasan di atas yang telah dibanci secara sah dan rasmi sehingga kini?

    Klik jawapan »

78) MASALAH TALAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Pihak musuh politik menggunakan isu TALAM bagi memburukkan kerajaan Selangor. Apakah masalah sebenar berhubung isu TALAM?

  2. Sejauh manakah kebenaran yang ditimbulkan oleh musuh politik berkenaan?

  3. Apakah pendekatan yang diambil bagi menjelaskan keadaan yang sebenar?

79) INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan pengusaha Sarang Burung walit yang berdaftar dan tidak berdaftar di Negeri Selangor mengikut susunan daerah?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah drastik yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan bebanan para pengusaha yang menghadapi kemelesetan harga pasaran sejak mutakhir ini?

    Klik jawapan »

  3. Sila perjelaskan apakah perkembangan terkini garis panduan yang dirangka bagi memantau Industri Burung Walit di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

80) LESEN CYBERCAFE

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Bertanya kepada kerajaan adakah semua pihak berkuasa tempat di Selangor menerima pakai garis panduan yang seragam dalam memberi kelulusan dan lesen cybercafe?

    Klik jawapan »

  2. Jikalau ya, apakah garis panduan atau syarat-syarat yang perlu ditepati oleh peniaga-peniaga cybercafe sebelum lesen perniagaan dikeluar?

    Klik jawapan »

  3. Adakah persetujuan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diperlukan?

    Klik jawapan »