Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

241) PBT / PEJABAT DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kebanyakan projek-projek yang dijalankan oleh PBT dan Pejabat Daerah tiada pemantauan dan penyeliaan dengan harga yang amat berpatutan. Siapakah yang bertanggung jawab dalam perkara ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pembaikan yang boleh diambil bagi mengatasi nya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jalan terbaik yang dapat diambil kepada kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh mereka-mereka ini yang mempunyai sikap seolah-olah ÒMelepas Batuk DitanggaÓ dalam menjalankan kerja tetapi tiada tindakan diambil ke atas mereka selam ini.

    Klik jawapan »

242) PROJEK MEMBAIKPULIH CERUN DI BUKIT PERMAI, SENTOSA COURT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah sebenarnya projek tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila mengemukakan spesifikasi projek ini.

    Klik jawapan »

  3. Adakah projek ini memberi tempoh warranty? Jika ada, berapa lama?

    Klik jawapan »

243) PINJAMAN PENGURUSAN INPENS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Perbendaharaan Negeri Selangor di muka surat 8: Apakah sebab-sebab surat peringatan berkala bagi pengurusan kutipan balik pinjaman INPENS tidak dikeluarkan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah jumlah baki pinjaman boleh dituntut tidak dapat ditentukan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah untuk mendapatkan balik pinjaman tertunggak?

    Klik jawapan »

244) PELANCARAN MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor melancarkan mikrokredit miskin bandar (MIMBAR) pada 3 Mac 2010. Apakah beza antara mikrokredit Bandar (MIMBAR) dengan Mikrokredit Miskin luar bandar ?

    Klik jawapan »

  2. Jika tidak ada perbezaan ketara, mengapa tidak disatukan antara kedua-duanya?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah operasinya dijalankan?

    Klik jawapan »

245) MASALAH GERAN TANAH PENEROKA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Seramai 24 orang peneroka dari Kampong Bukit Cerakah yang di cicirkan dari senarai pemberimilikan tanah oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lalu telah bersabar menunggu selama 37 tahun untuk mendapatkan hak mereka. Apakah langkah-langkah yang akan di buat oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang di bawah Pakatan Rakyat untuk melayakkan mereka menerima Surat Kelulusan Pemberimilikan Tanah ( Notis 5A ) ?

    Klik jawapan »

246) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sedang berjalan dengan lancar kebanyakan kawasan DUN di Selangor. Walaupun bagaimanapun , para penyelaras tuisyen menghadapi masalah untuk mendapatkan guru-guru yang berkualiti yang sanggup menerima bayaran elaun RM 40 sejam. Memandangkan kadar bayaran di pusat tuisyen swasta atau tuisyen rumah adalah di antara RM 60 sejam dan ke atas , maka guru kurang cenderung untuk mengajar di bawah PTRS. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan elaun guru-guru tuisyen ini ?

    Klik jawapan »

247) PROJEK PERUMAHAN PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak dan dimanakah projek perumahan mampu milik dan kos sederhana yang akan dibangunkan oleh PKNS?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelebihan yang diberi kepada penjawat awam dan wakil rakyat jikalau mereka membeli rumah yang dibangunkan oleh PKNS?

    Klik jawapan »

248) PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR dalam RM telah kita tawarkan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pendidikan ke INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) dalam dan luar negeri sejak dari mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pelajar dan pinjaman telah di keluarkan oleh Kerajaan Negeri mengikut Daerah

    Klik jawapan »

  3. Berkemungkinan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan skim pemberian biasiswa berdasarkan ÒmeritÓ khusus untuk pelajar-pelajar anak Negeri Selangor yang kurang berkemampuan yang berjaya memasuki universiti tempatan dan luar Negara

    Klik jawapan »

249) POLIS KESELAMATAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Menteri Besar bagi Negeri Selangor melahirkan cadangan untuk mengadakan Polis Keselamatan Khas bagi negeri Selangor. Apakah rasionalnya cadangan ini?

  2. Siapakah yang akan membiayai kos lantikan dan perkhidmatan Polis Keselamatan ini

  3. Bagaimanakah respons pihak kerajaan Pusat?

250) PERTUKARAN NAMA UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pertukaran nama Universiti Industri Selangor kepada Universiti Selangor telah diluluskan baru-baru ini. Apakah rasional pertukaran nama ini?

    Klik jawapan »

  2. Dengan nama lama, apakah yang menghalang dari ditawarkan pelbagai kursus peringkat major (industri) dan minor (lain dari industri)

    Klik jawapan »

  3. Dengan menukarkan dari nama bidang khusus (industri), tidakkah UNISEL menjadi sebagai universiti biasa seperti di negeri-negeri yang ada sekarang?

    Klik jawapan »