Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

41) NAMA UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri menukar nama Universiti Industri Selangor (UNISEL) kepada Universiti Selangor. Apakah asas tindakan menukar nama tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah manfaat pertukaran nama tersebut kepada pihak pelajar dan tenaga kerja universiti?

    Klik jawapan »

42) HARGA PREMIUM TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah kadar-kadar harga premium tanah yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Selangor yang mendapat tawaran pemilikan tanah bagi status tanah pertanian, tanah industri dan pembangunan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kadar premium berkenaan berbeza-beza mengikut kawasan atau daerah-daerah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah rakyat berpeluang untuk membuat rayuan bagi pengurangan kadar premium berkenaan dan rayuan tempoh pembayaran?

    Klik jawapan »

43) LOMBONG SRI MANJA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan seterusnya terhadap pemilik lombong Sri Manja, PJS 3 setelah didapati melanggar syarat penimbusan lombong?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana permohonan menukarkan bekas lombong tersebut kepada tapak rekreasi di kawasan Taman Medan yang tiada kawasan hijau dan rekreasi?

    Klik jawapan »

44) GERAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sehingga kini, berapakah geran tanah yang telah diberi di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria-kriteria untuk mendapat geran tanah?

    Klik jawapan »

45) BILANGAN ANAK TAK SAH TARAF DI SELANGOR DAN PENCEGAHANNYA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah bilangan anak-anak tidak setaraf ( anak luar nikah ) yang telah di daftarkan di Negeri Selangor dari tahun 2007sehingga tahun 2010 dan apakah peratus pecahannya mengikut bangsa atau kaum ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca-punca yang mendorong ke arah perlakuan zina yang menjijikkan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah di ambil dan bakal di ambil untuk mencegah gejala zina atau bersekedudukan secara tidak sah ini dari terus menular di kalangan masyarakat?

    Klik jawapan »

46) PENDAPATAN PASIR TERKINI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil pendapatan pasir yang terkini dari segi cukai, premium dan royalti dan bagaimana wang ini telah digunakan untuk pembangunan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah penjelasan kerajaan bahawa harga pasir di Selangor tinggi berbanding negeri-negeri jiran?

    Klik jawapan »

47) JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial dalam usaha bersepadu membanteras masalah sosial. Bagaimanakah kerjasama dan komitmen agensi kerajaan dalam menjayakan objektif jawatankuasa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme berkesan dan tindakan yang diambil melalui jawatankuasa ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pengukuran kejayaan bagi menangani gejala ini?

    Klik jawapan »

48) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan ada berlaku beberapa kes tanah kerajaan negeri diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk tanah perkuburan baru yang belum digunakan. Apakah Pihak Berkuasa Negeri ataupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memagar kawasan perkuburan di Bukit Enggang (Berhampiran Kuari Sungai Long Ð Hulu Langat)?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk membangunkan infra kawasan perkuburan di Bukit Enggang (Berhampiran Kuari Sungai Long Ð Hulu Langat)

    Klik jawapan »

49) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri memperuntukkan RM 4 juta bagi menaik taraf produk pelancongan dan memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah sasaran pelancongan Selangor tahun 2011?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah status program menaik taraf produk pelancongan Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah 12 produk pelancongan berdasarkan 12 PBT di Selangor dan bagaimana ia dipromosikan?

    Klik jawapan »

50) WABAK DENGGI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Dalam tahun 2011, Negeri Selangor mencatatkan 1,004 kes wabak denggi sehingga Februari 2011. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani wabak ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program Kerajaan Negeri untuk membanteras wabak denggi khususnya program-program kesedaran rakyat yang telah dijalankan?

    Klik jawapan »