Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

81) PROGRAM MIKROKREDIT LUAR BANDAR (SKIMSEL)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan terbaru program ini dan beri statistik pinjam yang telah diberi mengikut daerah dan etnik?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kos pentadbiran yang diperlukan untuk menjalankan program ini serta berikan peratusan pembayaran baliknya.

    Klik jawapan »

82) PENGGUNAAN LAMBANG ATAU BENDERA PARTI UNTUK ACARA-ACARA ATAU PROGRAM MESRA RAKYAT OLEH ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah ADUN-ADUN dibenarkan menggunakan lambang atau bendera parti untuk acara-acara atau program mesra rakyat yang melibatkan penggunaan peruntukan ADUN?

    Klik jawapan »

  2. Apakah garis panduan berkenaan perkara ini sekiranya ada?

    Klik jawapan »

83) TIADA BEKALAN ELEKTRIK DAN SALURAN AIR PAIP

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Minta memperincikan nama-nama tempat atau kawasan dalam Negeri Selangor yang didiami penduduk yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik sepenuh masa dan saluran air paip?

    Klik jawapan »

84) JABATAN BELIA DAN KEMASYARAKATAN DI MPAJ

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan semua projek dengan jumlah peruntukkan yang telah dijalankan oleh jabatan di atas pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010. Sila nyatakan manakah projek yang dijalankan melalui tender terbuka dan manakan tidak.

    Klik jawapan »

85) PINJAMAN MIKROKREDIT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah penerima mikrokredit luar bandar mengikut kawasan, pecahan kaum dan jantina.

    Klik jawapan »

  2. Badan pelaksana manakah yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan dan pemantauan permohonan untuk skim mikrokredit?

    Klik jawapan »

  3. Selain meminjamkan wang, apakah program yang akan dilaksanakan di bawah skim pinjaman mikro kredit ini bagi memperdayakan peminjam-peminjam?

    Klik jawapan »

86) ADAT RESAM & KEBUDAYAAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Selangor terbahagi kepada sembilan daerah dan diterajui oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Apakah sokongan kerajaan negeri kepada badan ini di dalam memulihara kebajikan dan pencapaiannya dalam memperkayakan identiti budaya, kaum majoriti rakyat negeri Selangor.

    Klik jawapan »

87) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2010

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PKNS bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

88) LOJI PEMPROSESAN PADI BENIH SUNGAI BURONG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan perkembangan terkini loji pemprosesan padi benih Sungai Burong?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini, apakah jenis racun serangga yang paling mujarab mencegah serangan penyakit tersebut dan disyorkan oleh Jabatan Pertanian?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan dengan jelas selain menggunakan racun serangga,adakah terdapat kaedah alternatif untuk mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

89) SYABAS DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Rundingan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Syabas bagi mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan rakyat. Sejauh manakah rundingan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor berjalan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai

    Klik jawapan »

  3. Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor apakah faedah yang dapat dinikmati rakyat dan negeri ?

    Klik jawapan »

90) PERMOHONAN TANAH BARU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah permohonan tanah baru diterima di seluruh Selangor tahun 2008 hingga 2010 dan premium yang dikutip terhadapnya. Apakah kriteria utama yang diambil untuk kelulusan permohonan tersebut?