Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

1) PROJEK MRT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan dan mekanisme kerajaan negeri dalam perancangan dan pemantauan projek MRT?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pertimbangan dan pengiraan dalam pembayaran pampasan bagi tanah yang diambil?

    Klik jawapan »

  3. Adakah projek MRT perlu mendapat kelulusan OSC di PBT berkenaan?

    Klik jawapan »

2) PILIHANRAYA KETUA KAMPUNG DI TIGA KAMPUNG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos yang telah dibajet untuk pilihanraya ini ? Senaraikan mengikut kampung

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan memastikan senarai pengundi adalah betul dan sempurna ?

    Klik jawapan »

  3. Kenapa lambang parti tidak dibenarkan ?

    Klik jawapan »

3) KEMUDAHAN ASAS UNTUK SEMUA RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi penduduk di kawasan luar Bandar yang tidak mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan kenal pasti isi rumah yang masih belum ada kemudahan asas tersebut?

    Klik jawapan »

4) ANAK-ANAK SYARIKAT MEMATUHI PEKELILING PERBENDAHARAAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat tahu dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 9/1993, 10/1993, 11/1993 dan 12/1993?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan tiada syarikat membayar bonus tanpa mematuhi dasar yang ditetapkan mengikut PP Bil. 10/1993 dan pembayaran mesti mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah dan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN/EXCO)?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan syarikat lebih fokus kepada kos operasi syarikat dan tidak kepada perbelanjaan sosial dan perbelanjaan lain yang tidak berkaitan dengan operasi yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat?

    Klik jawapan »

5) RUMAH EXCO

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Apakah status semasa Rumah EXCO tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap rumah tersebut buat masa kini?

    Klik jawapan »

6) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. PKPS ditubuhkan untuk memajukan industri pertanian di negeri Selangor bagi manfaat rakyat. Nyatakan program atau projek PKPS untuk manfaat langsung rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah PKPS terlibat dalam usaha melahirkan usahawan tani?

    Klik jawapan »

  3. Apakah unjuran keuntungan PKPS untuk disumbangkan kepada kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

7) HASIL INDUSTRI PASIR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah menetapkan sasaran hasil industri pasir berjumlah RM150 Juta setahun. Berapakah hasil industri pasir setakat pertengahan Tahun 2011?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil pasir tahun ini sehingga mencapai sasaran RM150 Juta?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah permintaan terhadap industri pasir bagi memastikan hasilnya meningkat?

    Klik jawapan »

8) SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Skim pinjaman mikro kredit adalah satu usaha yang baik untuk menolong peniaga peniaga kecil dan orang -orang yang ingin memulakan perniagaan kecil. Tetapi ramai pemohon telah mengadu bahawa,terdapat banyak syarat -syarat yang ketat dikenakan dan ini menjadikan permohonan mereka gagal. Oleh yang demikian ,kerajaan negeri perlu mencari jalan alternatif untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin memohon pinjaman ini dengan mudah. Setakat ini berapa ramaikah yang memohon pinjaman ini dan berapa orang yang dapat pinjaman ?

    Klik jawapan »

9) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan secara terperinci bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor secara perbandingan sejak 3 tahun yang lepas ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat manakah tempias kenaikan inflasi terhadap kedudukan kewangan Negeri Selangor secara holistik ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan kewangan Negeri Selangor sentiasa berada dalam keadaan stabil dan kukuh ?

    Klik jawapan »

10) TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat telah menyebabkan 16 orang anak yatim di Madrasah al-Hidayah at-Taqwa terkorban pada 21 Mei 2011 yang lepas. Kecuaian pihak manakah yang menyebabkan tanah runtuh tersebut boleh berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh terus berlaku?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan pembelaan terhadap Madrasah dan pelajar?

    Klik jawapan »