Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

171) PEMBANGUNAN TANPA KELULUSAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk mengawal selia pembangunan tanpa kelulusan yang terdapat di kawasan luar bandar seperti tanah pertanian , kampung tradisi dan kampung baru?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memasukkan semua kawasan luar bandar ke dalam kawasan penguatkuasaan PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan kerajaan terhadap pembangunan eko-pelancongan tanpa kebenaran di tepi sungai?

    Klik jawapan »

172) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU DAN INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru pembinaan kedua-dua pusat kebudayaan ini memandangkan perbincangan telah bermula sejak lebih tiga tahun yang lalu tetapi ianya masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru?

    Klik jawapan »

173) MIMBAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah orang pemohon Skim Mikrokredit MIMBAR dan berapakah orang yang telah mendapat kelulusan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan pecahan mengikut kaum yang telah berjaya mendapat pinjaman Mikrokredit ini.

    Klik jawapan »

  3. Memandangkan kurangnya sambutan kaum cina, apakah langkah2 kerajaan negeri untuk memperbaiki keadaan ini?

    Klik jawapan »

174) PENGENDALIAN ADUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pengendalian aduan yang ditujukan kepada Dato Menteri Besar kini, biasanya dirujuk oleh pejabat Yang Amat Berhormat kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan atau agensi-agensi Kerajaan yang lain . Jawapan yang diterima daripada agensi tersebut seterusnya di hantar ke pengadu tersebut dan aduan tersebut berakhir dianggap selesai. Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri dapat memastikan bahawa laporan yang diberikan oleh PBT, Jabatan atau agensi tersebut adalah tepat dan memenuhi kehendak pengadu tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki pengendalian aduan ini agar tindakan dan laporan PBT dan Jabatan Kerajaan tersebut itu diteliti semula diperingkat Kerajaan Negeri sebelum dikemukakan kepada pengadu

175) MASALAH SOSIAL DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sosial ketika ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini.

    Klik jawapan »

176) BEKALAN AIR PERCUMA UNTUK RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah rumah pangsa kos rendah yang telah mendapat kemudahan kupon air percuma?

    Klik jawapan »

  2. Sila jelaskan kawasan-kawasan yang telah mendapat kemudahan ini mengikut PBT.

    Klik jawapan »

177) PERUMAHAN PJS1, RUMAH PANJANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kes perobohan rumah panjang PJS1, jelas menunjukkan tindakan pemaju yang engkar dan tidak mementingkan perumahan kos rendah untuk rakyat. Adakah Kerajaan Negeri ingin memperkenalkan beberapa polisi baru yang dapat mengawal pemaju-pemaju agar mereka tidak lari dari tanggungjawab sosialnya dan membina rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum projek pembangunan lain di luluskan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pengawal pembangunan untuk memastikan kes-kes seperti rumah panjang PJS1 tidak berlaku lagi ?

    Klik jawapan »

178) ASPEK KESELAMATAN DALAM MENJAGA HARTA KERAJAAN Ð SAR/SRA SELURUH SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak kes SAR/SRA telah dipecah masuk mengakibatkan banyak kehilangan harta benda kerajaan. Apakah peranan kerajaan untuk menangani aspek keselamatan untuk mengekang kehilangan harta kerajaan di SAR/SRA.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah sekolah SAR/SRA yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa 24 jam?

    Klik jawapan »

179) PERLANTIKAN BARU BERMULA 2011 DI SELURUH PBT, GLC, JABATAN KERAJAAN DAN BADAN BERKANUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan pelantikan baru YDP dan Datuk Bandar di semua PBT

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan pelantikan ahli-ahli pengarah yang dilantik dalam semua GLCs Selangor

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan pelantikan ketua-ketua pengarah jabatan-jabatan berkanun

    Klik jawapan »

180) PERANAN PENASIHAT EKONOMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah penasihat Ekonomi dapat membantu dalam pembangunan ekonomi negeri?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan contoh sumbangan yang berjaya dibawa oleh penasihat ekonomi negeri.

    Klik jawapan »