Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

201) PENILAIAN KESAN IMPAK PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan Kerajaan Pusat telah menolak cadangan ADB berhubung mekanisme penilaian kesan impak pelaburan (Legal Impact Assessment) yang telah diguna pakai oleh kesemua 11 negara Asean. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menerima pakai cadangan tersebut?

    Klik jawapan »

202) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Program MIMBAR merupakan satu langkah yang baik. Rungutan masyarakat. Proses yang diambil untuk kelulusan agak lama, melepasi 2 bulan. Apakah masalahnya? Huraikan

    Klik jawapan »

  2. Proses kelulusan meremehkan dan pegawai penemu duga kurang pengalaman. Apakah penjelasan kerajaan dalam perkara ini

    Klik jawapan »

  3. Apakah Ôstandard operation procedureÕ yang diguna pakai semasa temu duga?

    Klik jawapan »

203) CARUMAN KUBUR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah hasil caruman kubur yang dikutip oleh kerajaan negeri mengikut pecahan daerah daripada tahun 2005-2010.

    Klik jawapan »

  2. Jawatankuasa manakah yang bertanggungjawab memantau caruman ini dan senaraikan projek yang dilaksanakan menggunakan caruman ini mengikut pecahan PBT bagi tahun 2000 hingga 2009

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan bagi golongan Islam dan bukan Islam?

    Klik jawapan »

204) PENJUALAN HARTANAH SECARA PUKAL DI TAMAN MELAWATI JAYA, KUALA SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Usul No. 14 Tahun 2010 berkenaan ÓPenjualan Hartanah Secara Pukal di Taman Melawati JayaÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SAP Holdings Bhd bagi membolehkan potongan harga jualan sebanyak 50.90% dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kaedah perakaunan yang digunakan oleh SAP Holdings Bhd untuk merekodkan kehilangan hasil jualan sebanyak RM617,000 daripada syarikat?

    Klik jawapan »

205) IBU TUNGGAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah sokongan yang telah diberikan kepada ibu tunggal pada tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah ibu tunggal telah berdaftar di portal kerajaan negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

206) ZON BERSIH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian dan keberkesanan kempen Zon Bersih yang dilaksanakan oleh setiap PBT ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah kebersihan Pekan dan juga Bandar-bandar ?

    Klik jawapan »

  3. Sila perjelaskan apakah punca utama yang menyebabkan kawasan Zon Bersih hanya bersih ketika waktu kempen sahaja ?

    Klik jawapan »

207) BANGUNAN TEATER NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Bangunan Teater Negeri Selangor di Shah Alam telah disiapkan sejak Ogos 2008. Apakah yang menghalang teater berkenaan daripada beroperasi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah cadangan pengisian yang akan dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah seni binaannya seperti ÔPerut perahu tertangkup atau terbalikÕ?

    Klik jawapan »

208) BANTUAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN BAGI KAUM INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka tanah pertanian seperti ÒSkim FELDAÓ bagi kaum India miskin untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil setakat ini untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum India di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan setakat hari ini untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum India?

    Klik jawapan »

209) KAWAL SELIA PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memperolehi semula (reprosess) unit-unit yang melanggar syarat-syarat perolehan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk memastikan pemilik unit-unit pangsapuri (dan rumah) kos rendah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan boleh pertimbangkan perlaksanaan sistem kawal selia perolehan unit-unit pangsapuri(dan rumah) kos rendah di MBSA & MBPJ?

    Klik jawapan »

210) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat Selangor yang telah beroperasi dan di kawasan manakah terletak pusat ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat untuk mendapat kemudahan ini dan jumlah rakyat yang telah memperolehi faedah ini?

    Klik jawapan »

  3. Selain daripada itu, apakah rancangan-rancangan kerajaan seterusnya bagi membantu rakyat yang kurang mampu untuk menerima faedah perubatan secara keseluruhannya

    Klik jawapan »