Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

211) MASALAH PENDUDUK AKIBAT PEMBANGUNAN DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan bahawa seramai 250 pekerja Lembaga Getah Malaysia di arah untuk berpindah ke Kota Tinggi , Bukit Kuantan dan Kedah untuk bekerja di pusat penyelidikan LGM di tempat tersebut . Pekerja-pekerja LGM ini akan dihentikan kontrak kerja mereka di LGM , Sg.Buloh akibat pembangunan yang akan dilakukan di LGM. Mereka tidak setuju dengan pemindahan ini . Kerajaan Negeri Selangor mempunyai polisi yang memastikan pekerja ladang ditawarkan rumah jika mereka diberhentikan kerja. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan hak perumahan untuk pekerja-pekerja ini .

    Klik jawapan »

  2. Saya juga difahamkan bahawa Sekolah Tamil LGM , Kuil dan juga Masjid juga akan di ditutup oleh kerana tindakan menghentikan pekerja ini ? Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa jua pelan tindakan untuk menawarkan lokasi baru untuk Sekolah Tamil,Kuil dan Masjid tersebut ?

    Klik jawapan »

212) PENGURUSAN MUALAF

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak kes mereka cuba memohon agama asal. Mengalami tekanan hidup yang berat, dibuang keluarga, dibuang kerja dan tiada tempat perlindungan. Apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada mualaf yang baru memeluk Islam?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program yang berterusan yang dilaksanakan bagi memperkuatkan ilmu dan akidah mereka. Terdapat banyak kes mereka cuba memohon agama asal.

    Klik jawapan »

213) PREMIUM TANAH DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah kadar premium bagi tanah-tanah pajakan dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat premium dan tempoh perlaksanaannya?

    Klik jawapan »

214) DANA KHAS AKTIVISME MAHASISWA DAN BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan dana khas untuk menggalakkan aktivisme mahasiswa dan belia untuk menggarap potensi mereka seperti keusahawanan, kesukarelawan dan kesedaran alam sekitar?

    Klik jawapan »

215) PROJEK PERKUBURAN CINA FAIRY PARK SDN BHD DI SEKSYEN U4, SHAH ALAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri setelah mengenal pasti bahawa projek perkuburan Cina oleh Fairy Park Sdn Bhd di Seksyen U4, Shah Alam adalah haram?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa harga tapak kubur di negeri Selangor untuk golongan bukan Islam adalah mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah.

    Klik jawapan »

216) OPERASI KUARI HARAM DI BANDAR BARU SELAYANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul No. 13 Tahun 2010 berkenaan ÓOperasi Kuari Haram di Bandar Baru SelayangÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status tanah di mana operasi kuari tersebut dijalankan?

    Klik jawapan »

  3. Sekiranya operasi tersebut dijalankan di tanah kerajaan berapakah kehilangan hasil daripada premium dan cukai tahunan yang tidak dijelaskan oleh pengusaha?

    Klik jawapan »

217) JEREBU DARI INDONESIA & MALAYSIA TELAH MENGANCAMKAN KESIHATAN RAKYAT SELANGOR SETIAP TAHUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengawal jerebu yang timbul setiap tahun ?

    Klik jawapan »

218) MASALAH KEKURANGAN BUAH KELAPA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini industri kelapa muda dan tua serta apakah potensi masa depannya ?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan keluasan tanah yang diusahakan dengan penanaman pokok kelapa mengikut susunan daerah ? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah permintaan kelapa muda dan tua setiap hari di Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

219) PINJAMAN KREDIT LUAR BANDAR DAN DALAM BANDAR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Setelah kedua-dua pinjaman ini dilancarkan, bagaimanakah prestasi pinjaman kedua-dua pinjaman di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pinjaman kredit luar bandar di pejabat Daerah Hulu Langat?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini, bagaimanakah perkembangan kredit luar bandar MIMBAR di MPKj?

220) BANTUAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN BAGI KAUM CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat ini untuk membasmi kemiskinan di Kalangan Kaum Cina?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan setakat hari ini bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan kaum Cina?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memberi lebih banyak peluang-peluang perniagaan kepada kaum Cina dan jika sekiranya ada, apakah peluang-peluang perniagaan tersebut?

    Klik jawapan »