Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

231) PERTANDINGAN MEMANCING DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah objektif dan kos program pertandingan memancing daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah program riadah tersebut merupakan sebahagian rancangan memajukan sektor pertanian negeri?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah bilangan peserta dan perbelanjaan pengurusan tersebut?

    Klik jawapan »

232) PROGRAM MIKROKREDIT LUAR BANDAR (SKIMSEL)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru program ini dan beri statistik pinjam yang telah diberi mengikut daerah dan etnik?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak kos pentadbiran yang diperlukan untuk menjalankan program ini serta berikan peratusan pembayaran baliknya.

    Klik jawapan »

233) PENYELENGGARAAN DEWAN/BALAIRAYA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Isu Penyelenggaraan Dewan2 /balai raya DUN Meru Ð bil elektrik, air, pemotongan rumput dan lain2. Ð bil tertunggak TNB/SYABAS - bekalan telah dipotong Sebelum 2008, dewan dan balai raya di seluruh kampung mempunyai amaun tunggakan yang tinggi walaupun penggunaan minima pada setiap bulan. Ini menunjukkan tiada pemotongan dilakukan oleh pihak SYABAS dan TNB sendiri. Tetapi selepas 2008, PR memerintah, semua balai dan dewan telah dipotong bekalan tanpa notis menyebabkan kesukaran kepada pentadbir JKKK yang baru. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini terutama balai raya/dewan di bawah seliaan Pejabat Daerah Masing-masing. Apakah peranan Pejabat daerah bagi mengekalkan dewan/balai raya untuk terus dalam keadaan baik dan terurus.

    Klik jawapan »

234) DASAR PERUMAHAN BAGI MENGELAK PROJEK TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar perumahan yang akan diperkenalkan bagi mengelak projek perumahan terbengkalai?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah projek perumahan terbengkalai yang sudah dan masih belum diselesaikan?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana dengan perumahan yang terbengkalai disebabkan injunksi mahkamah, serta adakah dibenarkan injunksi terhadap perumahan bagi orang miskin?

    Klik jawapan »

235) MEMARTABATKAN PERANAN WANITA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Berbanding dengan Kerajaan Pusat yang sering meremehkan potensi wanita, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan peranan wanita termasuk membangunkan profil tokoh-tokoh wanita di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

236) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Menurut pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri pada Sidang Parlimen baru-baru ini, pengurusan sisa pepejal akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pengurusan sisa pepejal akan diswastakan kepada syarikat swasta. Rundingan dijangka siap pada hujung tahun 2010 dan berkuat kuasa pada bulan April 2011. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam rundingan pengurusan sisa pepejal tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau keberkesanan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor swasta di setiap PBT memandangkan aduan awam biasanya dikemukakan kepada PBT?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang dirancang oleh kerajaan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal oleh masyarakat umum sebagai satu langkah mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal?

    Klik jawapan »

237) KEUTAMAAN RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada 3 Jun 2011 YAB DATO' menteri Besar melancarkan buat pertama kali Rumah Mampu Milik di Bangi. Mengapakah projek perumahan berkenaan dinamakan ÔRumah Mampu MilikÕ?

    Klik jawapan »

  2. Golongan manakah disasarkan ÔRumah Mampu MilikÕ ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat dikenakan bagi yang memohon ÔRumah Mampu MilikÕ ini?

    Klik jawapan »

238) BANDAR DIRAJA KLANG DIISTIHAR SEBAGAI SEBUAH BANDARAYA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah Bandar DiRaja Klang masih belum diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah Bandaraya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menekan Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan Bandar DiRaja Klang sebagai sebuah Bandaraya secara rasminya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menarik lebih banyak pelaburan di Bandar DiRaja Klang?

    Klik jawapan »