Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

51) DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini perkembangan perancangan pembangunan dalam draf rancangan tempatan.

    Klik jawapan »

  2. Adakah apa-apa peruntukan yang telah disediakan untuk pembangunan tersebut

    Klik jawapan »

52) PROGRAM TURUN PADANG MB KE SETIAP DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Meminta Menteri Besar memberi keterangan tentang hasil-hasil pertemuan di antara Menteri Besar dengan masyarakat setempat setiap kali Menteri Besar turun padang ke setiap daerah di Selangor.

    Klik jawapan »

53) KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke Kampung Baru Cina sejak Pakatan Rakyat memerintah

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Baru Cina

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Cina

    Klik jawapan »

54) KONTRAKTOR BUMIPUTRA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Terdapat kes dakwaan syarikat kontraktor Bumiputra dipergunakan untuk meraih kerja- kerja kontrak di PBT dan kontraktor semakin sukar mendapat kerja. Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan program tertentu untuk membantu kontraktor Bumiputra?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dengan penamatan kontraktor yang bernaung di bawah Alam Flora Sdn Bhd telah menjejaskan kontraktor Bumiputra?

    Klik jawapan »

55) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri didapati cuba merampas tanah berstatus TOL dalam kes seperti di Kampung Sungai Kerandang, Kuala Kubu Bharu. Mengapakah kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah tersebut dengan baik?

    Klik jawapan »

  2. Adakan kawasan TOL lain di Selangor yang berdepan masalah yang sama?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cadangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengambilan tanah TOL jangka panjang?

    Klik jawapan »

56) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri mahu memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah status dasar 1 Produk 1 PBT tersebut

    Klik jawapan »

  2. Apakah produk pelancongan bagi Majlis Daerah Kuala Langat

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana dasar ini dilaksanakan untuk menarik pelancong asing

    Klik jawapan »

57) TASK FORCE PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah memulakan suatu task force khas yang diketuai oleh YB Iskandar dan YB Saari Sungib untuk menghidupkan semula projek - projek perumahan yang terbengkalai. Senaraikan projek-projek yang telah berjaya di majukan semula atas usaha task force ini

    Klik jawapan »

  2. Dalam cara apakah Task Force ini telah menjadi pemudah cara untuk melakukan koordinasi di antara pemaju, Pentadbir Tanah , Pihak Berkuasa Tempatan , Bank dan pembeli agar perumahan dapat dihidupkan semula dengan segera?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan yang telah dimainkan oleh task force ini untuk membantu kontraktor penyelamat ECL Management untuk menghidupkan projek RKR di Bandar Pinggiran Subang , U5 Shah Alam

    Klik jawapan »

58) RUMAH-RUMAH URUT TIDAK BERLESEN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak rumah urut beroperasi di sebalik perniagaan kedai penjagaan kesihatan, Refleksologi, SPA dsbnya. Apakah tindakan PBT menangani masalah ini. Bagaimana Operasi Bersepadu yang dibuat tidak berkesan sedangkan terdapat agensi penguatkuasaan yang lain terlibat?

    Klik jawapan »

59) PERUNDINGAN AIR SELANGOR DENGAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah kekangan utama yang masih menyebabkan penyelesaian pengurusan air Selangor masih lagi tersekat di meja rundingan ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah perundingan ini dapat diselesaikan ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerugian yang ditanggung negeri jika perundingan ini gagal diselesaikan

    Klik jawapan »

60) BIASISWA DAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah biasiswa dan pinjaman yang telah diberi dari tahun 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan kuota biasiswa dan pinjaman mengikut kaum

    Klik jawapan »