Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

101) PERPUSTAKAAN DESA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Di Meru mempunyai 2 buah perpustakaan desa (Meru dan Kg Bukit Kapar) di bawah PPAS Negeri Selangor. Berapakah bilangan peruntukan buku yang diberikan setiap tahun?

    Klik jawapan »

  2. Jumlah bilangan pengguna yang menggunakannya?

    Klik jawapan »

  3. Pecahan Pengguna mengikut kaum. dan Apakah langkah dan kempen untuk mempertingkatkan pengguna yang lebih ramai?

    Klik jawapan »

102) PEKERJA DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan negeri memberikan sebarang insentif kepada sektor swasta untuk memberi galakan agar pekerja tempatan diutamakan seperti pengurangan kadar cukai dan sebagainya?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah pekerja yang diberhentikan kerja pada tahun 2007 di negeri ini serta sebab mereka diberhentikan seperti penutupan kilang, pengecilan operasi, pemindahan ke negeri atau negara lain serta lain-lain sebab ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah aduan yang diterima daripada pekerja yang diberhentikan ini yang tidak mendapat pampasan atau ganjaran yang sepatutnya ?

    Klik jawapan »

  4. d) Adakah kerajaan negeri mempunyai sebarang mekanisme untuk membantu pekerja yang diberhentikan ini seperti perkhidmatan guaman, pinjaman perniagaan, kursus perniagaan dan sebagainya ?

    Klik jawapan »

103) TAPAK UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti tapak untuk Sekolah Agama Rakyat di Bukit Antarabangsa. Sila berikan butiran tapak-tapak yang telah dikenal pasti dan bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sekolah berkenaan serta berapakah kos yang terlibat.

    Klik jawapan »

104) PERBELANJAAN PERUNTUKKAN BAGI KAWASAN DEWAN NEGERI N.46 PELABUHAN KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah digunakan bagi Kawasan Dewan Negeri Selangor N.46 Pelabuhan Klang sehingga bulan Jun 2011.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan projek pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Kawasan Dewan Negeri Selangor Pelabuhan Klang.

    Klik jawapan »

105) PENYIARAN TV SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peningkatan program siaran bagi tahun 2010 berbanding tahun 2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk penyiaran TV Selangor bagi tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos pengurusan bagi tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

106) PREMIUM TANAH RM1000

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah tujuan utama perlaksanaan Premium tanah RM 1000 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kriteria yang perlu dipatuhi oleh pemilik tanah bagi mendapat kelayakan menikmati kemudahan tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan apakah implikasi kewangan secara jangka pendek dan jangka panjang terhadap kedudukan kutipan hasil Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

107) PREMIUM TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Ramai pemilik tanah bimbang dengan tamatnya tempoh pajakan tanah. Untuk memperbaharui mereka dikenakan premium yang tinggi. Apakah mekanisme yang digunakan bagi premium memperbaharui pemilikan tanah?

    Klik jawapan »

  2. Wajarkah pemilik tanah dikenakan cukai pembaharuan yang tinggi yang tidak mampu dibayar sebahagian dari mereka?

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat perancangan untuk mengurangkan premium bagi menyambung hak milik (pajakan)?

    Klik jawapan »

108) SUMBER TENAGA DAN PEMBANGUNAN INSAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan pecahan tenaga kerja dan bilangan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah unjuran keperluan tenaga kerja mengikut sektor sehingga 2020?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan dalam usaha pembekalan tenaga kerja ikhtisas bagi memenuhi keperluan sehingga 2020?

    Klik jawapan »

109) HUTAN SIMPANAN KEKAL DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa besar keluasan hutan simpanan kekal di Selangor dan senaraikan setiap satu hutan simpanan kekal ini serta kedudukannya, keluasannya serta tahun ianya diwartakan sebagai hutan simpanan kekal.

    Klik jawapan »

110) TANAH WAKAF

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Semua pemilikan tanah wakaf adalah atas nama MAIS dan hak mutlak adalah MAIS, apakah peranan dan bidang kuasa masjid yang menguruskan tanah wakaf tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Banyak kes wakaf, pewakaf mewakafkan kepada masjid atau surau tetapi pemilikan sah atas nama MAIS, apakah beza wakaf masjid dengan wakaf MAIS. Apakah hak pihak masjid?

    Klik jawapan »