Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

191) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Di sesetengah kawasan terutamanya Pelabuhan Klang, keadaan jalan rayanya boleh diibaratkan seperti Ôkek lapisÕ bila mana ia hanya ditampal dan dibaik pulih berulang kali apabila berlopak, berlubang dan berpasir. Ia hanya boleh bertahan selama kurang dari 2 bulan, kemudian jalan raya tersebut akan mengalami kerosakan semula. Tiadakah perancangan jangka panjang dari PBT yang tidak merugikan Kerajaan Negeri bagi mengkaji semula struktur jalan atau menaik taraf jalan-jalan tersebut kerana ini boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya khususnya kepada penunggang motosikal?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jalan-jalan yang telah dibaik pulih dan dinaiktarafkan oleh PBT khususnya di kawasan Pelabuhan Klang.

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk tindakan kepada kontraktor yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam erti kata lain, kerja yang disiapkan tidak mengikut spesifikasi?

    Klik jawapan »

192) PEMBERIAN TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan bercadang mengekalkan keputusan memberi 30% tanah kepada kakitangan kerajaan dan huraikan rasionalnya ?

    Klik jawapan »

  2. Amalan anugerah khidmat cemerlang pada kakitangan di Pejabat Tanah di berikan tanah TOL seluas 1 ekar. Huraikan kewajarannya ?

    Klik jawapan »

193) SKIM MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Pengumuman khidmat pinjaman mikro kredit telah dibuat baru-baru ini. Bilakah skim ini akan dimulakan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah jumlah yang diperuntukkan akan terhad kepada lima puluh juta sahaja atau akan ditingkatkan di masa akan datang?

    Klik jawapan »

194) SEKOLAH TADIKA, TASKA & PUSAT ASUHAN PRA SEKOLAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Tadika, Taska dan/atau Pusat Asuhan Pra-Sekolah yang berdaftar dan beroperasi secara sah di seluruh Negeri Selangor pada masa kini?

  2. Siapakah pemilik-pemilik Tadika, Taska dan/atau Pusat Asuhan Pra Sekolah tersebut?

  3. Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk kelulusan dan pemberian lesen kepada para pengusaha Tadika, Taska dan/atau Pusat Asuhan Pra-Sekolah oleh pihak Pejabat Majlis Perbandaran atau Bandaraya?

195) TANAH KERAJAAN DI TAMAN SEROJA, JALAN REKO, KAJANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sekelompok penduduk India dan Cina telah mendiami di atas tanah tol sejak 30 tahun lalu. Mereka memohon pecah lot bagi memiliki tanah tersebut dan mengangkat permohonan kepada pihak berkuasa. Apakah kedudukan status tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kemungkinan permohonan mereka diluluskan?

    Klik jawapan »

  3. Jika tidak, mengapa sebahagian tanah-tanah berdekatan telah diberi hak milik?

    Klik jawapan »

196) PEMBANGUNAN KAWASAN PEDALAMAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah projek pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi lokasi Pulau Indah yang berdekatan dengan kawasan PKFZ yang merupakan hab perdagangan antarabangsa?

    Klik jawapan »

197) BEKAS LOMBONG SRI MANJA, PJS 3

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Adakah pernah dijalankan kajian akan kesan pengeluaran gas daripada lombong terhadap penduduk di kawasan sekitar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peruntukan undang-undang ke atas pemilik hartanah yang menyebabkan gangguan ke atas penduduk sekitar?

    Klik jawapan »

  3. Apakah cadangan kerajaan negeri terhadap bekas lombong yang tidak boleh dibuat apa-apa pembangunan sekurang-kurang sepuluh tahun lagi?

    Klik jawapan »

198) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah peniaga-peniaga di Kompleks PKNS bersebelahan Pasar Besar Klang masih di benarkan beroperasi dari jam 3 pagi sedangkan persatuan-persatuan peniaga-peniaga di Pasar Besar Klang difahamkan oleh pihak EXCO dan PBT bahawa selepas bulan Disember 2009 mereka (peniaga-peniaga di Kompleks PKNS) tidak akan diberikan lesen perniagaan sekiranya mereka masih berbuat demikian ?

    Klik jawapan »

  2. Setelah lebih dari 10 kali mesyuarat diadakan di antara wakil-wakil rakyat, pihak penguatkuasaan MPK, pihak polis dan persatuan peniaga Pasar Besar Klang, isu pendatang asing yang berniaga, isu masih belum dapat diselesaikan secara berkesan. Apakah ada langkah-langkah baru yang telah ditemui untuk menyelesaikan masalah-masalah ini secara tuntas dalam masa terdekat ?

    Klik jawapan »

199) PERPUSTAKAAN KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan akan menambah perpustakaan komuniti di Negeri Selangor dalam 5 tahun ini dan berapakah buah perpustakaan komuniti yang akan ditambah? Sila nyatakan perpustakaan-perpustakaan dan kawasannya jika ada.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bajet untuk setiap perpustakaan komuniti dalam setiap tahun? Sila terperincikan bajet untuk setiap perpustakaan.

    Klik jawapan »

200) HAKMILIK KEKAL BAGI SEKOLAH TAMIL DAN PADANG PERMAINAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah nama sekolah-sekolah Rendah Tamil di Negeri Selangor yang tidak mempunyai hak milik tanah yang kekal dan adakah kerajaan berhasrat untuk memberikan hak milik kekal kepada sekolah-sekolah tersebut kelak?

    Klik jawapan »

  2. Apakah nama sekolah-sekolah di Negeri Selangor yang tidak mempunyai kemudahan padang permainan mereka sendiri?

    Klik jawapan »