Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

111) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DAN PEMBANGUNAN TAK TERKEKANG DI PETALING JAYA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak Menteri Besar akan melaksanakan penghentian sementara / 'moratorium' sebagai satu langkah untuk mengkaji semula keadaan keseluruhan di Petaling Jaya sebelum melakukan sebarang pembangunan atau pembandaran semula?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Pernahkah kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui kesan-kesan baik dan/atau buruk, sekiranya pembangunan tak terkekang masih dibenarkan untuk berterusan dan jika ya, apakah penemuan kajian tersebut?

    Klik jawapan »

112) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah caranya Ahli Majlis di PBT yang berkenaan dinilai prestasi kerja mereka?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan disiplin yang diambil kepada mereka sepanjang perkhidmatan mereka di PBT tersebut jika mereka didapati bersalah?

    Klik jawapan »

113) BANGUNAN HIJAU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan setiap pembangunan komersial menggunakan konsep bangunan hijau yang mesra alam?

  2. Senaraikan kawasan industri yang dikategorikan sebagai zon industri hijau di negeri Selangor pada tahun 2006-2010.

114) GAJI DAN ELAUN KETUA EKSEKUTIF SYARIKAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah gaji dan elaun serta kemudahan kesemua Ketua-Ketua Eksekutif syarikat milik Kerajaan Negeri sepanjang 2 tahun yang lepas

115) KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Siapakah yang bertanggungjawab dalam memantau perkara ini dan senaraikan jadual yang dibuat bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor ?

  2. Jelaskan sistem pemantauan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Alam Flora

116) TANAMAN PADI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa hanya benih padi calet pada musim ini telah dinaikkan harganya oleh pembekal-pembekal benih padi calet di kawasan Barat Laut Tanjong Karang dan Sabak Bernam ?

    Klik jawapan »

  2. Kenaikan harga ini telah membebankan petani yang terdiri dari pesawah / pekebun kecil yang berpendapatan rendah yang telah terpaksa menanggung kos tanaman yang lebih tinggi. Jika sedar apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan hanya benih padi calet dapat diturunkan ?

    Klik jawapan »

117) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Pihak Syabas mengumumkan bahawa paras simpanan air di semua empangan di Selangor menurun mendadak berikutan musim kemarau yang berlarutan panjang. Apakah kaedah dan strategi Kerajaan Selangor untuk mencegah keadaan tidak ada bekalan air sekiranya musim kemarau kelarutan lagi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sumber air yang lain diperoleh untuk memenuhi permintaan air paip yang lebih setiap tahun?

    Klik jawapan »

118) INISIATIF MES

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan maksud inisiatif dan bentuk program yang bertepatan dengan inisiatif MES: i) Kebajikan anak Selangor ii) Meringankan kos sara hidup iii) Mengiktiraf kecemerlangan iv) Bantuan kematian v) Penerapan budaya usahawan, dan vi) Menyediakan pusat krisis sehenti (osc).

    Klik jawapan »

  2. Adakah program-program MES seperti caruman takaful bagi OKU/anak yatim, bantuan kepada peniaga muda, bimbingan perniagaan kepada belia, bantuan anak ke nurseri dan anak pra sekolah serta bantuan mendirikan rumah tangga, elaun ibu tunggal dan suri rumah dan bantuan memiliki kediaman telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

119) RUMAH PPRT DAN BANTUAN LAIN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan (dalam Ringgit Malaysia dan jumlah rumah) bagi pembinaan rumah PPRT di Selangor dan DUN Meru khasnya pada tahun 2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan yang lain yang sesuai yang boleh diberikan untuk golongan miskin ini?

    Klik jawapan »

120) TAPAK CUCI KERETA DI TEPI JALAN BUNGA RAYA, TAMAN KENCANA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status tanah yang sekarang digunakan sebagai tapak cuci kereta di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Kencana (tepi sungai)?

    Klik jawapan »

  2. Pihak manakah yang mencaj sewaan atau apa-apa bayaran setiap bulan, dan berapakah caj yang syarikat tersebut bayar?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah pemohon tanah tersebut dan siapakah/syarikat manakah yang beroperasi di atas tapak tersebut?

    Klik jawapan »