Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

121) INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan rumah burung walit dan syarikat-syarikat yang terdapat di negeri Selangor?

  2. Berapakah jumlah pendapatan kasar dari hasil jualan sarang burung walit dari 2005- 2009?

  3. Apakah dasar dan tindakan kerajaan terhadap perusahaan rumah burung walit?

122) TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memajukan teknologi hijau di Selangor. Sila jelaskan rancangan tersebut.

  2. Bagaimanakah syarikat-syarikat boleh membantu dalam bidang ini?

123) PRESTASI KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Secara umum bagaimana prestasi ketua-ketua kampung dalam membawa agenda perubahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor terutamanya program memasyarakatkan ekonomi negeri Selangor (MES).

    Klik jawapan »

  2. Adakah peruntukan RM 10,000.00 setiap kampung yang di berikan oleh kerajaan negeri dapat membantu meningkatkan prestasi mereka.

    Klik jawapan »

124) PEMBELIAN HUTANG TALAM CORPORATION

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri setelah membeli hutang syarikat tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah dengan membeli hutang Talam Copration Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap projek-projek yang dibangunkan oleh syarikat tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sehubungan dengan itu, apakah peranan Kerajaan Negeri melakukan tanggungjawab penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, lampu jalan dan sebagainya di Bandar Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung ?

    Klik jawapan »

125) AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menerbitkan akhbar harian Kerajaan Negeri Selangor? Jika tidak, mengapa?

  2. Bilakah rancangan ini boleh dilaksanakan?

  3. Berapakah kos yang terlibat dan siapakah yang akan menerajui rancangan ini?

126) PROJEK PERTANIAN DI BAWAH PKPS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah projek pembangunan pertanian yang dijalankan oleh PKPS buat masa kini?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah tanah milik PKPS yang terlibat dengan pengeluaran pasir dan minta disenaraikan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh PKPS dari hasil jualan pasir tersebut?

    Klik jawapan »

127) JUMLAH SETINGGAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah setinggan bagi setiap pihak berkuasa tempatan yang telah dipindahkan sepanjang 2 tahun yang lepas

    Klik jawapan »

128) KABEL KUASA TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah polisi kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pembinaan kabel kuasa tinggi adalah tidak melalui kawasan perumahan, sekolah dan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi bagi memastikan keselamatan penduduk adalah terjamin?

    Klik jawapan »

  2. Badan manakah (di peringkat kerajaan negeri) yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu projek naik taraf kabel kuasa tinggi bagi menjamin keselamatan penduduk setempat?

    Klik jawapan »

129) PUSAT SENI DAN BUDAYA SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Di manakah lokasi-lokasi yang akan dijadikan Pusat Seni dan Budaya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos perbelanjaan yang diperlukan untuk Pusat Seni dan Budaya?

    Klik jawapan »

130) MELAWAT NEGERI SELANGOR Ð SELANGOR SHINES

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah alasan kerajaan negeri menggunakan tema dalam Bahasa Inggeris (Selangor Shines) dan bukan dalam Bahasa Kebangsaan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan yang telah digunakan sehingga Jun 2010 untuk menjayakan kempen ÔMelawat Negeri SelangorÕ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program yang telah dijalankan sehingga Jun 2010 untuk menjayakan kempen ÔMelawat Negeri SelangorÕ?

    Klik jawapan »