Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

211) KEHADIRAN ADUN DI MESYUARAT PENUH PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apabila seorang ADUN hadir pada mesyuarat penuh PBT, tempat duduknya di belakang sebaris dengan wartawan dan tidak boleh bersuara malah minit hanya dipinjamkan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji kedudukan ini

    Klik jawapan »

  2. Di manakah nilainya seseorang ADUN yang mendapat Òmandat rakyatÓ apabila perancangan dan projek yang dijalankan melalui PBT di DUN nya tidak di ketahui atau dimaklumkan kepadanya

    Klik jawapan »

212) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan nama seluruh Ahli Lembaga Pengarah PNSB dan berapakah jumlah elaun serta bonus yang diterima oleh mereka bermula tahun 2006 hingga 2009 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan secara terperinci apakah jenis perniagaan yang diceburi oleh PNSB ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah keuntungan atau kerugian yang dicatatkan oleh PNSB sejak 3 tahun yang lepas ?

    Klik jawapan »

213) JAWATAN KONTRAK AHLI MAJLIS, JKKK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam konteks penambahbaikan Kerajaan apakah langkah-langkah yang diambil bagi jawatan-jawatan kontrak seperti Ahli Majlis, JKK dan lain-lain supaya dapat memainkan peranan yang sebenar dalam membawa mesej Kerajaan?

    Klik jawapan »

214) ISU SAMPAH SARAP

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan akan membuka tapak kosong untuk dijadikan tempat pembuangan sampah sarap. Jika ada sila senaraikan tempat yang dicadangkan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tempat pembuangan sampah sarap yang terlalu jauh dan tidak mencukupi?

    Klik jawapan »

215) PAMPASAN ORANG ASLI BUKIT KOMANDOL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri telah membina rumah-rumah dan sekolah di tempat yang baru sebagai pampasan kepada Orang Asli di Bukit Komandol, Kuala Langat. Kerajaan Negeri terdahulu juga telah berjanji untuk memberi tanah seluas 3 ekar dan sejumlah wang kepada setiap keluarga. Bilakah mereka boleh berpindah ke tempat yang baru ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang yang telah dijanjikan dan berapakah jumlah wang yang telah dibayar kepada mereka?

    Klik jawapan »

  3. Di manakah lokasi tanah yang dijanjikan itu?

    Klik jawapan »

216) PENGANGKUTAN LRT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mencapai satu persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan ataupun mana-mana agensinya mengenai cadangan sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya? Sila berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

  2. Adakah laluan-laluan ini akan berubah memandangkan terdapat bantahan daripada sesetengah penduduk dan apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada para penduduk ini?

    Klik jawapan »

  3. Sudahkah Kerajaan Negeri membeli tanah/tempat letak kereta bagi laluan LRT ini? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

217) JAMBATAN KETIGA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina jambatan ketiga di Sungai Klang memandangkan Kerajaan Persekutuan enggan membinanya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan jalanraya di kedua-dua jambatan buat ketika ini walaupun keduadua jambatan tersebut dapat berfungsi penuh

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan jalanraya di Bandar Klang pada masa kini?

    Klik jawapan »

218) PENJAJA KECIL/PASAR MALAM/SIANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan untuk membantu para penjaja/peniaga pasar malam supaya di naik taraf peniaga-peniaga kecil ini seperti mengadakan gerai tetap atau lokasi yang tetap dan sebagainya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah bantuan modal kecil seperti bantuan mikro-kredit ditawarkan untuk penjaja-penjaja ini kerana ini boleh mengelakkan mereka berurusan dengan along-along haram?

    Klik jawapan »

219) SEKRETARIAT BELIA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah struktur dan siapakah yang menganggotai Sekretariat Belia Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program belia dan sukan yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Untuk apakah peruntukan RM4.5 juta telah digunakan dan apakah pecahanpecahannya?

    Klik jawapan »

220) CUCIGALI PASIR SUNGAI DI DAERAH PETALING

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kontrak cuci gali pasir sungai yang telah diberikan oleh kerajaan negeri di daerah Petaling sehingga kini? Siapakah kontraktor-kontraktornya dan apakah skop kerja mereka?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai kontrak ini dan apakah pulangan yang dapat diperolehi daripada setiap satu kontrak ini?

    Klik jawapan »