Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

41) ISU I-CITY

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Bayaran masuk ke I-City telah dikenakan kepada pelawat sebanyak RM1. Mengapakah kerajaan negeri tidak mengekalkan lawatan percuma kepada pelawat selaras dengan slogan kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan?

    Klik jawapan »

  2. Parkir kereta pelawat di bahu Ð bahu jalan ke I-City menyebabkan masalah trafik yang teruk. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini di samping mengelakkan kemalangan antara pelawat Ð pelawat?

42) BANGUNAN LAMA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Di sesetengah kawasan terutamanya di Pelabuhan Klang, mempunyai bangunan-bangunan lama yang telah usang. Ini mencacatkan mata yang memandang oleh kerana Pelabuhan Klang adalah pintu masuk utama kemasukan kapal-kapal dagang dari Negara luar. Tiadakah perancangan jangka pendek dari PBT atau Kerajaan Negeri bagi membaik pulih semula bangunan-bangunan lama yang telah usang ini? Ini kerana bangunanbangunan lama tersebut mempunyai nilai-nilai sejarah tersendiri bagi Pelabuhan Klang

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah dan perancangan Kerajaan Negeri bagi pemuliharaan semula bangunan-bangunan lama yang terdapat di Negeri Selangor khususnya di Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

43) KOS PENYELENGGARAAN KERETA RASMI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kos penyelenggaraan kereta rasmi Toyota Camry untuk anggota-anggota MMKN kerajaan negeri sejak penggunaannya pada tahun 2009.

    Klik jawapan »

44) PROGRAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan butiran terperinci sehingga setakat ini, bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap Program Tawas tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butiran terperinci mengenai jumlah pendaftaran ahli Tawas sehingga kini mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  3. Terdapat banyak aduan tentang kelewatan memperoleh kad keahlian Tawas sehingga lebih dari setahun. Sila nyatakan apakah punca sebenar permasalahan tersebut dan cara-cara mengatasinya ?

    Klik jawapan »

45) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO EXCO KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapa gaji asas dan elaun atas nama jawatan yang disandang?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan yang disandang?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah elaun dan tuntutan daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?

    Klik jawapan »

46) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI, TAMAN SRI RAYA,CHERAS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Rumah Kos Rendah Taman Sri Raya, Bt. 9, Cheras yang telah meterai satu Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement) telah pada pertengahan tahun 1989 dengan pemaju Kausar Corporation Sdn. Bhd. Kini sudah 20 tahun, rumah berkenaan masih tidak dibina. Pada hujung tahun 2008, Kerajaan Negeri memutuskan bahawa pembeli akan ditawarkan rumah alternatif dan akan memastikan pemaju membayar pampasan setimpal akibat projek terbengkalai ini. Apakah perkembangan terkini dan tindakan Kerajaan Negeri menyelesaikan kes tersebut?

  2. Pemaju KAUSAR Corporation Sdn Bhd menunjukkan rekod buruk dalam menyelesaikan projek perumahan untuk rakyat miskin. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyenarai hitamkan pemaju tersebut bersama dengan ahli lembaga pengarahnya?

47) PENGAGIHAN ZAKAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah dijangka jumlah pendapatan zakat pada tahun ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah dijangkakan bagi pengagihan zakat terhadap orang fakir dan Miskin?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah mereka yang menerima faedah dari pengagihan zakat berkenaan?

    Klik jawapan »

48) STATUS PENTENAKAN BABI MODEN DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status penternakan babi moden di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Pihak manakah dan siapakah EXCO yang menjalankan projek ini

    Klik jawapan »

49) SENARAI PERBELANJAAN PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 oleh MPK kepada semua Ahli Majlis MPK dan senaraikan setiap program yang telah dijalankan melalui peruntukan yang dikeluarkan mengikut setiap ahli majlis

    Klik jawapan »

50) SUMBER MANUSIA /MODAL INSAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peratusan sumber manusia di Selangor yang berpendidikan tinggi bagi tahun 2005-2009?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratusan keperluan sumber manusia berbentuk buruh dalam sektor pembinaan dan industri pengeluaran bagi tahun 2005-2009?

  3. Berapakah peratusan sumber manusia mengikut pecahan sektor yang terdiri daripada pekerja asing bagi tahun 2005-2009?