Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

41) SEKTOR EKONOMI (NEGERI SELANGOR)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan, berapakah jumlah FDI yang telah di perolehi sepanjang tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan statistik FDI untuk 5 tahun dan pecahan sektor-sektornya

    Klik jawapan »

  3. Berikan jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Selangor sepanjang 2008 mengikut : i) Pecahan mengikut sektor ii) Pecahan mengikut daerah

    Klik jawapan »

42) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan prestasi dan perkembangan terkini kesemua ladang yang dimiliki oleh PKPS di seluruh Negara dengan terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sebenar yang menyebabkan Projek Serendah International Orchid Park mengalami kerugian lebih dari 15 juta dan gagal mencapai sasaran?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah kerugian yang ditanggung oleh PKPS dalam pelaburan membeli dan menjual Ladang Kelapa Sawit Kalimantan, Indonesia?

    Klik jawapan »

43) KONSEP PENSWASTAAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun ini telah memperlihatkan kesemua kemudahan asas rakyat diswastakan dan akibatnya kini rakyat sering dihantui kenaikan tarif air dan elektrik. Apakah langkah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk mengehakmilikkan negeri dan perkhidmatan asas seperti air dan elektrik secara berperingkat agar ianya tidak membebankan rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perubahan polisi yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penswastaan simpanan tanah di negeri Selangor oleh PKNS dan anak syarikat negeri yang lain?

    Klik jawapan »

44) TANAH WAKAF

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah tanah-tanah wakaf yang didaftarkan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri dalam menangani tanah-tanah wakaf yang masih belum didaftarkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam mengendalikan tanah-tanah wakaf supaya ianya lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam terutamanya dalam keadaan kegawatan ekonomi masa ini?

    Klik jawapan »

45) PEMBANGUNAN EKONOMI NELAYAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan segera Jabatan Perikanan Negeri bagi memastikan sumber perikanan di perairan Negeri Selangor bertambah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Jabatan Perikanan Negeri di dalam menambah pendapatan nelayan miskin?

    Klik jawapan »

46) PUSAT KEBUDAYAAN CINA SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerja pembinaan Pusat Kebudayaan Cina boleh dilakukan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan disalurkan untuk projek ini?

    Klik jawapan »

  3. Dimanakah tempatnya pusat kebudayaan Cina Negeri Selangor akan diadakan?

    Klik jawapan »

47) PEMBELIAN ASET OLEH PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan dengan terperinci jumlah kuantiti, harga dan tarikh pembelian aset-aset yang dipunyai oleh PBT-PBT dan juga nama pembekal terbabit.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menukar kaedah pembelian aset oleh PBT kepada ÓHire PurchaseÓ agar aliran tunai dapat di selia dengan lebih efisien.

48) GOLONGAN MUALAF

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk bantuan dan bimbingan yang diberikan kepada golongan mualaf?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi golongan mualaf apabila memeluk agama Islam dan bagaimanakah cara mengatasinya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan masyarakat tempatan juga sama-sama membantu golongan ini?

    Klik jawapan »

49) SUMBER MINERAL DAN GALIAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pendapatan yang diperolehi dari sumber galian dan mineral negeri Selangor?

    Klik jawapan »

50) PEMBERHENTIAN / PEMBUANGAN KERJA RAKYAT DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Para analisis ekonomi dunia telah menjangkakan keadaan krisis ekonomi global yang tidak menentu sehingga 2010 yang melibatkan pemberhentian / pembuangan (retrenchment) di dalam industri yang terlibat. Dengan slogan Negeri Berkebajikan yang diuar-uarkan oleh pihak Kerajaan Negeri, apakah tindakan / insentif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan berikutannya.

    Klik jawapan »