Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

61) PERUNTUKAN RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang bakal di peruntukan kepada rumah beribadat bukan Islam pada tahun 2008 dan 2009.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah minima peruntukan yang bakal diterima untuk seseunit rumah berhala.

    Klik jawapan »

62) PENUBUHAN POLIS BANTUAN DI PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah prosedur yang perlu dilalui sekiranya sebuah Pihak Berkuasa Tempatan ingin menubuhkan polis bantuan bagi membantu operasi Polis Di Raja Malaysia?

    Klik jawapan »

63) TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapakah tahap penggunaan Internet jalur lebar (broadband) di setiap daerah di Selangor pada tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan Selangor akan mensyaratkan setiap pemaju untuk memasang talian fibre optic di setiap projek perumahan untuk membantu merang sangkan penggunaan broadband di Selangor?

    Klik jawapan »

64) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah program kerajaan prihatin, selama ini mencapai matlamat dalam mempertingkatkan taraf kehidupan masyarakat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang bersifat memberi kesan jangka masa panjang dan mengajar berdikari, yang dirancang untuk tahun ini untuk meningkatkan ekonomi masyarakat?

    Klik jawapan »

65) KAMPUNG BAGAN CINA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kampung-kampung Bagan Cina yang terdapat di Negeri Selangor dan senaraikan nama-nama kampung tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan status pemilikan tanah penduduk kampung-kampung tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan hak milik kekal kepada mereka ?

    Klik jawapan »

66) PEJABAT AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos pengurusan (overhead) bulanan setiap buah pejabat ahli majlis yang ditanggung oleh PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun bulanan seorang ahli Majlis PBT?

    Klik jawapan »

67) PERLAKSANAAN OSCC

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah nilai tambah yang disuntik dalam memberdaya perlaksanaan Pusat Krisis Sehenti (OSCC)?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ada peningkatan yang signifikan dari segi aduan yang dilaporkan kepada OSCC, sila berikan data-data terkini kegunaan tanah bagi 3 bulan terakhir

    Klik jawapan »

  3. Apakah kes-kes yang paling popular dilaporkan kepada OSCC?

    Klik jawapan »

68) PENILAIAN PRESTASI KAKITANGAN KERAJAAN DAN TINDAKAN TERHADAP KAKITANGAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak kerajaan terhadap kakitangan kerajaan yang enggan bekerjasama dengan ADUN dan pihak EXCO?

    Klik jawapan »

  2. Apakah cara-cara penilaian prestasi kakitangan kerajaan termasuk YDP dan Pegawai Daerah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan ADUN dalam proses penilaian ini?

    Klik jawapan »

69) KES-KES PERCERAIAN DAN TUNTUTAN NAFKAH KELUARGA DI MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan bilangan kes perceraian dan tuntutan nafkah sehingga hujung tahun 2008 di setiap Mahkamah Syariah di seluruh Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan kes-kes perceraian dan tuntutan nafkah yang tertangguh sehingga hujung tahun 2008?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pentadbiran Mahkamah Syariah telah atau akan mengambil langkah membuat pemotongan gaji secara automatik bagi menjelaskan tanggungan nafkah terhadap pihak bapa/bekas suami dalam kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah?

    Klik jawapan »

70) WABAK CHIKUNGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Bilakah wabak Chikungunya mula dikesan di negeri ini dan nyatakan sejarah puncanya serta kesan-kesan yang alami oleh pesakit?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani wabak ini serta jumlah kes di daerah-daerah yang terlibat?

    Klik jawapan »