Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

71) PENARIKAN DIRI OLEH PENGILANG-PENGILANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat berapa bilangan pengilang telah menarik diri dari Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapa orang pekerja kilang dibuang kerja kerana penarikan diri pengilang asing?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan atau bantuan kerajaan negeri kepada pengilang-pengilang asing untuk terus beroperasi di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

72) PRESTASI KERJA ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah spesifikasi yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Selangor untuk memantau prestasi kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat Alam Flora?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan prestasi kerja-kerja tersebut mengikut kawasan majlis di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

73) MASALAH JALAN RANAP DAN HAKISAN TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan berlakunya jalan ranap dan runtuh di Jalan Utama Bagan Sekinchan Menuju ke Sungai Labu dalam tempoh masa 2 tahun?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kaedah penambahbaikan yang bakal dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut secara tuntas?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan nama kontraktor yang dilantik dan nama Lembaga Pengarah serta berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk kerja-kerja tersebut?

    Klik jawapan »

74) PROJEK NURSERI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Suatu perjanjian usaha sama Projek Nurseri dan Perlanskapan (Projek 2006) telah ditandatangani antara PKPS dan peniaga nurseri di sepanjang jalan Subang ke Sg. Buloh tanah simpanan Jabatan Bekalan Air Selangor telah memperoleh Lesen Menduduki Sementara ke atas tanah tersebut dari Ogos 2005 hingga Julai 2008.Wang sewaan sebanyak RM800 dikenakan oleh PKPS daripada Pengusaha lot Nurseri. Pada bulan November 2008 pihak pengusaha telah menerima surat daripada PKPS bahawa mulai Januari 2009 pengurusan 'Selangor Greenland' akan diambil alih oleh PKPS Landscaping Services Sdn Bhd. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri terhadap para pengusaha Nurseri di kawasan ini ?

    Klik jawapan »

  2. Sejak projek pelebaran jalan Shah Alam ke Sg. Buloh oleh JKR, para pengusaha menghadapi pelbagai masalah dan perniagaan mereka juga terjejas. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan para pengusaha Nurseri ini di suatu tempat yang kekal agar perniagaan mereka dapat berkembang

    Klik jawapan »

75) TAMAN SUBANG RIA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status permohonan mewartakan Taman Subang Ria di Subang Jaya sebagai kawasan hijau?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ratio kawasan hijau di Subang Jaya mencukupi dan jika tidak, nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya?

    Klik jawapan »

76) HARGA MENURUN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Harga getah dan kelapa sawit menurun dan pendapatan pekerja bagi kedua sektor ini terjejas. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu dan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pekerja-pekerja kedua sektor di atas?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pekerja/pemilik yang melibatkan kedua-dua bidang di atas?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tidak wajar mereka diberi lindungan takaful atau ansuran?

    Klik jawapan »

77) SYARIKAT BILLBOARD

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah pemantauan dan tindakan yang diambil terhadap pengusaha/syarikat billboard bermasalah yang dilaporkan tidak membayar lesen atau sewa tapak di sekitar negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan pengusaha/syarikat billboard yang dikategorikan bermasalah

    Klik jawapan »

78) PASARAYA BESAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri pernah menetapkan apa-apa garis panduan untuk mengawal pembinaan pasar raya besar di Selangor, khususnya di kawasan semi-bandar dan kawasan desa untuk melindungi kedai runcit kecil-kecilan?

    Klik jawapan »

79) PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah status pemilihan jawatankuasa masjid yang baru bagi seluruh negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Bilakah penyerahan tugas kepada Jawatankuasa yang baru dibuat.

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan Jawatankuasa Masjid yang baru dilantik.

    Klik jawapan »

80) PERLOMBONGAN PASIR DAN BATUAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah lokasi lombong pasir yang diluluskan selepas Jun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Apakah syarat-syarat dalam pemilikan syarikat perlombongan pasir?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah lokasi kuari batuan yang berlesen dan apakah syarikat-syarikat yang terlibat?

    Klik jawapan »