Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

121) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah di bawah Pegawai Daerah yang mengetuai Pejabat Tanah dan Daerah. Dalam hubungan antara Kerajaan Negeri dengan ADUN, mengapakah surat-surat Kerajaan Negeri kepada Pegawai Daerah yang ada hubungannya dengan DUN-DUN tertentu tidak dimaklumkan atau disalinkan kepada ADUN-ADUN berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kes-kes tertentu yang melibatkan penduduk kepada Pegawai Daerah dari DUN-DUN tertentu tidak dimaklumkan kepada ADUN-ADUN berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah (khas dalam konteks Pejabat Tanah dan Daerah Gombak), surat-surat ADUN kepada Pegawai Daerah tidak dibalas dan tidak diberi sebarang maklum balas berbulan-bulan lamanya?

    Klik jawapan »

122) PERKUBURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan Selangor dalam pemberian tanah untuk tanah perkuburan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah keluasan tanah yang digunakan untuk perkuburan awam dan perkuburan swasta?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat yang dikenakan dalam kelulusan permohonan tanah perkuburan swasta?

    Klik jawapan »

123) ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kilang-kilang yang melepaskan asap berlebihan sehingga menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar terutamanya kilang-kilang di kawasan Meru?

    Klik jawapan »

124) MENGHADAPI EL NINOÐKEKURANGAN BEKALAN AIR UNTUK PENGAIRAN SAWAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Ð langkah Kerajaan Negeri untuk menghadapi El Nino yang akan berlaku dan menyebabkan kekurangan bekalan air untuk pengairan di sawah padi?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan tindakan untuk memastikan bekalan air untuk pengairan sawah padi tidak terjejas disebabkan oleh kemarau di kawasan sawah padi?

125) PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan berdasarkan jenis kategori sasaran peserta dan jumlah program SPIES sepanjang tahun 2008 dan pertengahan 2009?

    Klik jawapan »

126) SIBER KAFE

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Menurut surat khabar Sin Chew Daily pada 17/6/2009 bahawa, bilangan siber kafe haram telah melebihi siber kafe yang mempunyai permit berkali ganda. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri seterusnya memandangkan pemberian kompaun dan tindakan yang diambil sebelum ini kurang berkesan?

    Klik jawapan »

127) PERKHIDMATAN AWAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah perubahan-perubahan yang bakal dijalankan ke atas sektor perkhidmatan awam di kerajaan Selangor untuk mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat PBT dan Kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai autonominya dalam pengisian jawatan-jawatan kelas profesional dan pentadbiran?

    Klik jawapan »

128) SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan SAR atau Sekolah-sekolah Swasta yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sekolah-sekolah tersebut.

    Klik jawapan »

129) PENGGERAK BELIA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Jawatankuasa Belia dan Sukan dalam menggerakkan golongan belia melalui Penggerak Belia Tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha terancang Kerajaan Negeri terhadap golongan belia yang terlibat dengan dadah dan yang serupa dengannya?

    Klik jawapan »

130) PEMBANGUNAN DUN TG SEPAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Rancangan Tempatan Morib/Tg Sepat 2005-2020 telah dilancarkan dan dipamerkan beberapa tahun lepas. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan sejauh mana peringkat perlaksanaannya di jalankan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula Õre zonningÕ kawasan berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Zon yang di peruntukkan sebagai kawasan zon agro teknologi kurang menampakkan hasil yang menggalakkan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengkaji semula peserta-peserta yang terlibat di dalam Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) khususnya di kawasan Hulu Chuchoh dan Sungai Kelambu?

    Klik jawapan »