Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

131) MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini telah berlangsung mesyuarat ahli kariah/masjid di seluruh negeri Selangor. Apakah fungsi yang dimainkan oleh jawatankuasa masjid yang baru dilantik itu.

    Klik jawapan »

  2. Apakah jaminan daripada Jabatan Agama Islam atau kerajaan Negeri Selangor bahawa institusi masjid tidak dipolitikkan.

    Klik jawapan »

  3. Mengapakan boleh berlaku lantikan jawatankuasa yang tidak mematuhi keputusan mesyuarat. Contohnya pelantikan jawatankuasa masjid Kg. Batu 37 Darat dan Masjid Sungai Limau Sabak Bernam

    Klik jawapan »

132) PROGRAM HADIAH ANAK MASUK IPTA DAN IPTS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah orang pelajar telah diberikan hadiah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Jumlah kewangan yang telah dibelanjakan mengikut daerah ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa permohonan telah ditolak dan kenapa ditolak ?

    Klik jawapan »

133) ISU AIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini isu pengambilan syarikat air oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan yang perlu dilalui oleh Kerajaan Negeri dalam perlaksanaan (a) di atas?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan langkah yang akan diambil untuk mengatasi (b) di atas

    Klik jawapan »

134) PRESTASI AHLI-AHLI MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Ahli-ahli majlis yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pada 1 Julai 2008 akan menamatkan sesi perkhidmatan mereka pada 30 Jun 2009. Bagaimanakah cara penilaian (KPI) yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap prestasi Ahli-ahli Majlis di semua Pihak Berkuasa Tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah keputusan keseluruhan prestasi Ahli-ahli Majlis ini dan bagaimana pula tempoh perkhidmatan mereka pada masa akan datang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perbezaan penilaian ini berbanding pada sesi lalu ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional?

    Klik jawapan »

135) PKFZ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam PKFZ sekiranya projek ini diambil alih oleh kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Memandangkan PKFZ terletak dalam negeri Selangor, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelaburan asing atau tempatan di pelabuhan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah pegawai yang akan dilantik sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pengarah PKFZ?

    Klik jawapan »

136) ISU PERJANJIAN KONSESI AIR SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan rundingan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat berhubung pengambilalihan aset pengurusan air di Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan rakyat Selangor untuk mendapat kualiti air bersih dan tidak dibebankan dengan kenaikan tarif air

    Klik jawapan »

137) PERPINDAHAN PENIAGA-PENIAGA PASAR BASAH SELAYANG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyusun semula pembangunan di kawasan Selayang Baru adalah sesuatu yang baik demi kepentingan penduduknya. Namun demikian, pembinaan pasar baru yang akan menempatkan peniaga-peniaga yang buat masa ini berniaga dalam kawasan pasar basah Selayang telah menimbulkan banyak rungutan dan keputusan ini seharusnya dipertimbangkan semula. Apakah rasional Pihak Berkuasa Tempatan membina bangunan baru sedangkan pasar basah sedia ada boleh dinaiktarafkan dengan memberi perhatian kepada susun atur dan aspek-aspek utiliti yang sempurna dan kemas

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah kemudahan pasar baru ini dijangka mampu membantu peniaga-peniaga tradisi ini dari aspek meningkatkan ekonomi mereka dan pengunjung terutamanya suri rumah yang sudah berusia dari segi keselesaan

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan projek pembinaan pasar baru ini tidak akan menjadi ÕGajah PutihÕ sebagaimana yang dialami di kebanyakan kawasan yang sudah pun melaksanakan projek yang serupa

    Klik jawapan »

138) PERUNTUKAN KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Di samping hasil kutipan cukai pintu dan bayaran perkhidmatan yang lain, Pihak Berkuasa Tempatan juga memperoleh peruntukan yang disalurkan daripada Kerajaan Negeri dan Pusat bagi membolehkan ia berfungsi dengan berkesan. Apakah jenis serta jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana peruntukan tersebut dibelanjakan?

    Klik jawapan »

139) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan memenuhi aspirasi rakyat melalui slogan yang acap kali dicanang-canangkan. Berapakah jumlah projek terbengkalai yang sudah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri dan mohon disenaraikan mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Sehingga kini, berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai yang sudah berjaya diatasi

    Klik jawapan »

140) SAMBUTAN HARI IBU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Tanggal 10 Mei diiktiraf sebagai Hari Ibu, sambutan turut diadakan pada peringkat negeri melalui Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan. Apakah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri di dalam menyambut `Hari IbuÕ?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah pembelaan yang diberi terhadap ibu tunggal dan miskin?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah penghargaan sepatutnya diberi kepada ibu-ibu yang berjaya membimbing keluarga?

    Klik jawapan »